Manchester United Belum Bersedia Nak Hiburkan Peminat

Manchester United akan membuka tirai EPL musim 2024/25, satu penghormatan buat pasukan paling berjaya dalam sejarah Liga Perdana Inggeris itu.

Mereka akan menentang Fulham pada 3 pagi esok waktu Malaysia. Dengan skuad yang sarat bintang, Erik Ten Hag bagaimanapun menyatakan bahawa pasukannya masih belum bersedia untuk menghiburkan peminat dengan aksi bola sepak terbaik.

Sebelum ini Ten Hag menegaskan bahawa Man United adalah pasukan yang paling menghiburkan di Liga Perdana Inggeris. Tetapi malangnya Ten Hag merasakan persiapan untuk awal musim ini agak tidak cukup masa.

Ten Hag berkata: “Pasukan kami masih tidak bersedia. Namun liga dah bermula, dan ada ramai lagi pengurus yang menghadapi masalah yang sama dengan kami.

“Benar, ini adalah bukan pra musim yang kamu boleh luangkan masa 5 atau 6 minggu dengan pasukan, sangat sukar. Kami sebelum ini bermain di jelajah Amerika Syarikat, kemudian kami menambah beberapa pemain baharu kami tandatangani, dan menambah mereka yang terlibat dengan Euro dan Copa America.

“Walaupun kami belum bersedia, namun kami masih tetap akan berpegang kepada beberapa peraturan dan prinsip untuk memastikan kami memulakannya.”

Beberapa hari lalu, Man United menandatangani De Ligt dan Mazraoui – dan Ten Hag mengesahkan bahawa kedua dua pemain itu berpeluang untuk terlibat dalam aksi menentang Fulham. Ten Hag gembira kerana Harry Maguire akan tersedia untuk aksi ini.

“Mereka akan berada dalam skuad kami. Harry Maguire pun ada dalam skuad.”

Man United akan memulakan musim 2024/25 menentang Fulham di gelanggang keramat Old Trafford. Skuad Erik Ten Hag itu kini menjadi perhatian dunia kerana berwajah baharu dengan ramai pemain berkelas dunia ditandatangani musim ini.

Erik Ten Hag musim ini sudah mendapatkan bintang seperti Joshua Zirkzee dan Leny Yoro untuk memperkuatkan pasukannya. Mereka sudah sedia untuk merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Malah Ten Hag turut yakin pasukannya selepas ini akan menjuarai UCL. Jadi langkah penting mereka musim akan datang adalah melayakkan diri ke Liga Juara Juara Eropah sekali lagi.

Onana: “Manchester United Akan Lebih Menghiburkan Musim Ini”

Andre Onana berjanji bahawa Manchester United akan lebih menghiburkan pada musim yang akan datang ini. Kerana mereka akan bermain dengan taktikal yang lebih berisiko tinggi.

Onana memberitahu bahawa, Man United akan bermain dengan prinsip high-risk, high-reward football yang diterapkan dalam pasukan pasukan besar di dunia.

Onana sudah tak sabar untuk memperagakan taktikal baharu Manchester United. Kerana dia akan menjadi pemain penting dalam sistem tersebut.

Onana berkata: “Ini yang akan kamu semua saksikan musim ini. Kerana saya akan mengambil lebih banyak risiko. Saya ingatkan kamu awal awal ni,

“Bersiap sedialah kerana ianya akan berlaku pada musim ini, percayalah kepada saya. Saya akan lebih seronok bermain apabila musim ini bermula.

“Pasukan yang besar harus berani mengambil risiko. Membina serangan dari belakang dan mengenalpasti situasi dan keadaan dengan cepat. Dan kami akan melakukannya musim ini,” tegas Andre Onana.

Onana yang kini bekerja di bawah kendalian jurulatih penjaga gol baharu yang dilantik Manchester United iaitu Jelle ten Rouwelaar yang mengajar Onana tentang ball playing keeper.

Dia sedar sebelum ini dia berdepan dengan banyak kritikan. Tetapi dia menyatakan perkara itu biasa kerana dia datang ke Man United sebagai penjaga gol terbaik dunia.

“Bermain untuk Manchester United, apabila kamu kalah, ianya adil untuk kamu dikritik. Saya juga banyak menerima kritikan, kerana saya datang ke sini sebagai penjaga gol terbaik dunia. Jadi, adalah mudah difahami kenapa mereka meletakkan harapan tinggi kepada saya.

“Paling penting kita seimbangkan perkara itu. Dan saya mengambil positif kritikan yang dilemparkan kepada saya. Lagipun peminat peminat Manchester United pun sangat sayangkan saya.”

BACA:  Ralf Rangnick Dedah Ada Pemainnya Yang Menolak Untuk Berada Dalam Skuad Bertemu Aston Villa