Manchester United Beri Peluang Arsenal Rasai Kemenangan Pra Musim

Netizen tidak melepaskan peluang untuk troll Manchester United selepas kekalahan terbaru mereka dalam aksi persahabatan.

Di mana bakal juara EPL 2024/25 itu telah kalah 1-2 di tangan pasukan tidak ternama, Arsenal.

Dalam aksi persahabatan pra musim, Manchester United terus memilih lawan yang agak keras kerana mereka tidak mahu menentang lawan lemah macam Real Betis.

Malangnya, skuad yang sanggup membayar €50 juta untuk Lenny Yoro itu dimalukan Arsenal di Stadium SoFi.

Rasmus Hojlund meletakkan United di hadapan seawal minit ke-10. Dan kemudian mereka tidak dapat mengekalkan tempo dominan dalam perlawanan ini.

Skuad Mikel Arteta menyamakan kedudukan pada minit ke-26 menerusi Gabriel Jesus.

Dan pada babak akhir separuh masa kedua, Gabriel Martinelli telah membeduk United dengan gol kemenangan untuk The Gunners yang kuat di dalam aksi pra musim – seperti biasalah kan.

Kemenangan 2-1 Arsenal itu diraikan dengan girang oleh pemain Arsenal yang berjaya menewaskan pasukan serba serbi sempurna dan lengkap seperti Manchester United.

Namun netizen sempat mengusik Manchester United yang dianggap tak sabar sabar nak check ini dalam gua. Sedangkan orang baru nak set up gua untuk musim baharu. Mereka sudah pun mahu masuk ke sana.

Lihat sendiri jenaka ini:

@amirrrrghazali

Eh awal datang #arsenalvsmanchesterunited #gabrieljesus #gabrielmartinelli #rasmushojlund

♬ original sound – amirrrghazali – amirrrghazali

Manchester United dalam proses membikin pasukan super untuk musim baharu. Mereka berjaya mendapatkan Joshua Zirkzee dan Lenny Yoro. Dan kini dalam proses membawa masuk pemain seperti Ugarte dan juga Matthijs De Ligt.

Manchester United juga berusaha untuk mendapatkan Denzel Dumfries dari Inter Milan. Pemain yang dianggap sangat sesuai dengan taktikal Erik Ten Hag.

Di ruangan komen rata rata peminat Man United tidak begitu kisah dengan kekalahan ini yang dianggap sebagai sekadar friendly untuk menguji tahap kecergasan pemain. Dan tak perlu nak beriya sangat macam Arsenal yang akhir akhir musim terciduk juga di tangan City.

Sebelum ini Erik Ten Hag sudah melaungkan amaran bahawa United akan mencabar trofi EPL dan UCL selepas ini. Dia yakin dengan kepimpinan Tuan Jim Ratcliffe bersama sama dengan INEOS yang banyak membantunya mendapatkan pemain pemain baharu.

Dia kini fokus untuk membina pasukan yang hebat,

BACA:  Hasrat Man United Mahu Mendapatkan Michael Edwards Sepertinya Tidak Akan Jadi Kenyataan