Manchester United Berminat Dapatkan Wout Weghorst

Manchester United dilaporkan berminat dan meneroka peluang untuk mendapatkan Wout Weghorst sebagai pemain pinjaman di jendela perpindahan Januari ini bagi memperkasakan jentera serangan.

Wout Weghorst merupakan pemain Burnley yang dipinjamkan ke kelab Turki, Besiktas untuk semusim dan situasi ini menjadikan situasi agak rumit dan memerlukan perbincangan banyak hala.

Manchester United kini mencari seroang penyerang dengan harga masuk akal selepas terlepas Cody Gakpo kepada Liverpool bagi menjadi sandaran kepada Marcus Rashford.

Sejak ketiadaan Cristiano Ronaldo, Anthony Martial seperti kembali ke zon selesa dan kembali sendu seperti sebelum ini dan dilihat tidak cukup untuk terus bergantung kepada Marcus Rashford sahaja.

Setan Merah telah dilaporkan sudah menghubungi Burnley untuk perbincangan awal jika perjanjian itu bola dimuktamadkan bagi mendapatkan penyerang pasukan kebangsaan Belanda itu.

Pemain antarabangsa Belanda, Wout Weghorst berpindah ke Burnley dengan perjanjian tiga setengah tahun dari Wolfsburg pada hari terakhir erpindahan pada Januari 2022.

Tetapi dia telah pergi untuk menyertai Besiktas yang berpangkalan di Istanbul secara pinjaman selama semusim pada musim panas lalu setelah hanya menjaringkan dua gol sahaja untuk Clarets.

Wout Weghorst kekal dipinjamkan di Besiktas buat masa ini dan sebarang perjanjian mungkin akan menjadi rumit kerana ia memerlukan kedua-dua kelab bersetuju untuk menamatkan tempoh pinjaman Weghorst.

Penyerang setinggi 6 kaki 6 inci itu menjaringkan gol untuk Besiktas dalam kemenangan mereka ke atas Kasimpasa dalam Super Lig pada hari Sabtu dan kelihatan melambai ucapan selamat tinggal yang penuh emosi kepada peminat kelab itu.

Ketua jurulatih Besiktas, Senol Gunes berkata selepas perlawanan tiada masalah untuk melepas Weghorst namun semua itu bergantung kepada kelab:

“Weghorst adalah pemain penting bagi kami. Tidak cukup untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penonton. Dia juga perlu bercakap dengan kelab.”

“Saya telah mendengar tentang perkembangan sedemikian, tetapi ia tidak jelas. Saya akan mempertimbangkan [dia] pergi selepas saya bercakap dengan dia dan kelab.”

Weghorst menjaringkan salah satu gol paling dramatik dalam Piala Dunia, menjaringkan gol penyamaan hingga ke masa kecederaan suku akhir Belanda menentang Argentina, sebelum Belanda akhirnya ditewaskan menerusi sepakan penalti.

Perpindahan secara pinjaman adalah fokus utama Manchester United dalam jendela semasa kerana situasi kewangan dan kemungkinan kelab akan bertukar pemilik – mereka akan kembali fokus pada musim panas dan ketika ini hanya mahu menambah baik pasukan dengan kemampuan yang ada.

Selain Wout Weghorst, Manchester United juga berminat dengan Sasa Kalajdzic dan Benjamin Sesko.

Bercakap pada hari Jumaat, Ten Hag berkata dia perlu membawa masuk pemain penyerang untuk mengurangkan beban dipikul Marcus Rashford di mana Anthony Martial bergelut dan sepertinya tidak boleh diharap.

Martial mengalami gangguan di pramusim dan menunjukkan peningkatan ketara pada awal musim dengan rekod jaringan boleh dibanggakan namun dibelenggu masalah kecederaan dan tidak mampu untuk beraksi selama 90 minit.

“Ada sebabnya [Martial telah digantikan dalam tujuh perlawanan terakhirnya]. Ini kerana dia tidak dapat menguruskan beban. Inilah sebabnya kami mencari penyerang lain.”

“Ini bukan tentang kami tidak bergantung kepadanya. Beban fizikalnya mampu menanggung pada masa ini yang begitu tinggi sehingga dia boleh bermain setiap hari ketiga dalam tempoh 90 minit. Jadi saya perlu menguruskannya bersama-sama dengannya.”

“Kami berada di garisan tipis pada masa ini kerana kualiti Anthony Martial sangat penting sekarang untuk permainan kami. Pergerakannya, keselamatan bolanya, tekanan, jangan lupa itu. Kami memerlukan profil itu untuk menjadi ancaman.

“Selain itu, Marcus Rashford mendapat manfaat daripada itu. Jadi saya tidak bimbang hanya Marcus yang menjaringkan gol, kerana saya yakin pemain lain [boleh menjaringkan gol juga].

“Bukan sahaja Anthony Martial, tetapi Antony menjaringkan gol [dalam kemenangan 3-1 Piala FA menentang Everton]. Bruno Fernandes juga sangat mampu menjaringkan gol, Christian Eriksen akan mencipta dan juga mampu menjaringkan gol. Jadi kami mempunyai lebih ramai pemain yang boleh menjaringkan gol.”

Pemain penyerang diperlukan bagi mengurangkan beban bahagian serangan dan sebelum Anthony Martial menjadi beban seperti biasa. Prestasi luar biasa Rashford ketika ini menyelesaikan masalah serangan buat sementara waktu.

BACA:  Kisah Sebenar Messi Maki Weghorst Bodoh Akhirnya Didedahkan