Manchester United, Bruno Fernandes Jadikan Real Betis Mangsa Amukan

Pasukan bakal juara quadruple musim ini, Manchester United bangkit dari mimpi ngeri kekalahan mengaibkan kepada Liverpool dengan menjadikan pasukan dari Sepanyol, Real Betis sebagai mangsa amukan dalam kancah Liga Europa dengan menewaskan pasukan tersebut dengan jaringan 4-1 pada awal pagi Khamis tadi.

Manchester United memenangi perlawanan pertama pusingan kelayakan ke-16 di Old Trafford hasil jaringan daripada Marcus Rashford, Antony, Bruno Fernandes dan Wout Weghorst secara dasarnya telah meletakkan pasukan yang digelar Red Devils satu langkah kaki ke pusingan seterusnya menjelang aksi timbal balik di tempat lawan pada minggu hadapan. Real Betis berjaya mengikat perlawanan 1-1 pada separuh masa pertama selepas pemain penyerang pinjaman Leicester City, Ayoze Perez menjaringkan gol, namun Manchester United membuktikan bahawa mereka adalah calon bakal juara apabila meledak tiga gol pada separuh masa kedua sebagai dendam kekalahan 7-0 di Anfield pada minggu lepas.

Pengurus, Erik ten Hag yang digelar sebagai Erik ‘Seven‘ Hag pada hujung minggu lalu membariskan kesebelasan utama yang sama ketika Manchester United tewas memalukan kepada Liverpool 7-0. Pada pusingan sebelumnya, Manchester United menewaskan pasukan Barcelona sebelum bertemu Real Betis pada pusingan kali ini. Untuk rekod, lima kempen Eropah Manchster United kesemuanya berakhir di tangan pasukan dari Sepanyol.

“Kami beraksi sangat cemerlang, terutamanya pada separuh masa kedua perlawanan. 4 berbalas 1. Gol yang menarik. Prestasi yang menarik, serta hadiah juga buat peminat selepas mereka sentiasa setia memberikan sokongan padu di belakang pasukan,” ujas Erik ten Hag selepas tamat perlawanan.

“Saya sangat bersyukur selepas peristiwa Ahad yang lalu, ini tentang bagaimana pasukan bangkit selepas kekalahan. Kami boleh set semula, kami boleh bangkit kembali, pasukan ini mempunyai karekter.”

Dalam perlawanan ini juga menyaksikan Bruno Fernandes bangkit dari kritikan, sehinggakan terdapat suara-suara ghaib yang meminta beliau dilucutkan dari menjadi kapten buat Manchester United, namun Erik ten Hag menyatakan keyakinan buat pemain tersebut untuk terus menyarung lilitan di lengan buat Manchester United. Bruno Fernades membalas kepercayaan pengurus tersebut apabila beraksi cemerlang dalam perlawanan kali ini, serta menutup mulut para pengkritik beliau.

Kekal sebagai kapten pasukan, Bruno Fernandes terlibat dalam penghasilan gol pertama Manchester United apabila hantaran lintang beliau dikeluarkan kearah Marcus Rashford lantas menjaringkan gol pertama perlawanan. Di separuh masa kedua pula, Bruno Fernandes mencetak nama sebagai penjaring dengan tandukan hasil hantaran lintang daripada Luke Shaw dan gol tesebut disudahi dengan larian gelongsor kepala lulut ke penjuru padang serta dilaungi dengan jeritan “Bruno, Bruno, Bruno” sebanyak tiga kali oleh peminat setia pasukan.

Walaupun beraksi dominan di atas padang, Manchester United bolos pada minit ke 32 selepas Ayoze Perez merembat gol leret yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang David De Gea.

Real Betis berpeluang menambah jaringan pada hujung separuh masa pertama perlawanan selepas kesilapan hantaran dari penjaga gawang Manchester United, David De Gea. Namun tiang gol menjadi penghalang yang menafikan percubaan dari Ayoze Perez.

Manchester United bermula garang pada akso separuh masa kedua, mungkin kerana motivasi dalam bilik persalinan yang menaikkan motivasi para pemain san hanya enam minit diperlukan untuk kedudukan berubah 3-1 hasil jaringan Antony dan Bruno Fernandes masing-masing dengan satu gol.

Pasukan Real Betis kendalian Manuel Pellegrini, yang kini menghuni tangga ke lima La Liga seperti mati kutu untuk mencari bekalan gol untuk dibawa ke timbal balik kedua di laman sendiri apabila gagal mencari rentak perlawanan namun sebaliknya dihukum dengan gol ke empat oleh Weghorst. Bermula dengan rembatan Scott McTominay yang ditepis oleh penjaga gawang Real Betis, Bravo namun Weghorst bijak menhidu peluang bola muntah lalu menjaringkan gol ke empat buat Manchester United sekaligus selesa sebelah kaki ke pusingan seterusnya.

Manchester akan bertemu Southampton dalam aksi seterusnya Liga Premier, manakala Real Betis akan bertandang ke gelanggang Sevilla.

Manchester United XI (4-2-3-1): De Gea; Dalot, Varane, Martinez, Shaw; Fred, Casemiro; Antony, Fernandes, Weghorst; Rashford

Real Betis XI (4-2-3-1): Bravo; Sabaly, Felipe, Pezzella, Abner; Carvalho, Rodriguez; Juanmi, Joaquin, Henrique; Perez

Baca Juga

Baca Juga