Manchester United Cari Pengganti Michael Carrick Di Ligue 1

Manchester United dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah, Jean Michael Sari yang kini sedang bermain di Ligue 1 bersama pasukan Nice.

Menurut sumber Skysports, United merupakan antara kelab besar yang berminat untuk mendapatkan Sari pada jendela perpindahan Januari ini.

Bagi mereka yang tidak mengenali, inilah Jean Michael Sari

Sari merupakan pemain tengah yang sangat didambakan kelab-kelab besar sekitar Eropah. Beliau menyertai Nice pada tahun 2015 dari kelab yang berpengkalan dari Portugal, Pacos de Ferreira. Beliau dilaporkan mempunyai nilai pelepasan berjumlah £33juta dalam kontraknya, yang bakal tamat tempoh pada penghujung musim hadapan.

Minat United terhadap Sari jelas menunjukkan pelan Jose Mourinho untuk menggantikan tempat pemain veteran yang bakal bersara hujung musim nanti, Michael Carrick. Selain Carrick, United juga berdepan risiko kehilangan khidmat pemain antarabangsa Belgium, Maroune Fellaini secara percuma hujung musim nanti dengan kontrak beliau hanya berbaki 6 bulan sahaja lagi.

Pada jendela perpindahan musim panas lalu, Sari dilihat hampir untuk menyertai Barcelona tetapi perpindahan tersebut gagal berlaku kerana Barcelona membatalkan perjanjian pada saat-saat terakhir, meninggalkan Sari dalam keadaan yang sangat sedih dan tertekan.

Dua legend United

Presiden Nice, Jean-Pierre Rivere berkata pihaknya dan Barcelona telah bersetuju dengan perjanjian perpindahan Sari ke Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai £35juta, tetapi atas sebab yang tidak diketahui, kelab Catalan tersebut membatalkannya.

Musim ini menyaksikan Sari berjaya membantu Nice menduduki tangga ke-6 Ligue 1 selepas 22 perlawanan, dan mencatatkan  1 gol disamping 6 bantuan gol.

Mourinho dilihat masih lagi belum berpuas hati dengan keadaan skuadnya walaupun baru sahaja menandatangani pemain bintang Arsenal, Alexis Sanchez. Beliau telah meminta pihak pengurusan United untuk mengalihkan perhatian mereka terhadap Sari bagi membolehkan pemain antarabangsa Ivory Coast ini berhijrah ke Old Trafford sebelum jendela perpindahan musim sejuk ditutup tidak lama lagi.

Pilih kelab betul2. Jangan pilih kelab mandul, ujar Balo kepada Sari

Jika perpindahan ini gagal direalisasikan bulan ini, Mourinho mahu Sari menyertai United musim hadapan dan memuktamadkan terus perjanjian sebelum dipintas pasukan lain.

Selain United, terdapat juga minat dari Arsenal, Liverpool dan Chelsea terhadap Sari. Barcelona juga mungkin berminat untuk menghidupkan kembali minat mereka terhadap Sari andainya Ernesto Valverde mahu memberikan nafas baru pada bahagian tengah pasukannya.

BACA:  Ten Hag Senaraikan Aspek Yang Buatkan Dirinya Kagum Dengan Maguire