Manchester United Cipta Kebangkitan Sensasi Untuk Tendang Barcelona

Manchester United telah mencipta kebangkitan sensasi untuk menendang Barcelona keluar dari kejohanan Eropah selepas ketinggalan satu gol dan bangkit untuk menang 2-1.

Perlawanan tumpuan Europa League minggu ini adala sudah pasti pertemuan Manchester United bertemu Barcelona untuk perlawanan play off kedua yang berlangsung di Old Trafford.

Dalam perlawanan pertama dengan perlawanan penuh sedap dan epik permainan di Nou Camp berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan perlawanan kedua menjadi tumpuan.

Machester United ternyata garang dan bersemangat bermain bermain dihadapan penyokong sendiri apabila mengasak dari mula dan tidak memberi Barcelona peluang untuk bernafas.

Peluang demi peluang dicipta namun tiada gol terhasil dan penguasaan Machester United telah terhenti pada minit ke-18 dan Barcelona mula kembali ke dalam permainan.

Semua ini gara-gara tindakan tidak cerdik Bruno Fernandes yang telah menarik Jules Kounde lalu Barcelona telah dihadiahkan sepakan penalti. Bruno Fernandes terus tantrum seperti biasa.

Robert Lewandowski menggalasa tanggungjawab mengambil sepakan penalti dan tiada masalah untuk meletakkan Barcelona di hadapan.

Perlawanan mula kembali seimbang, Manchester United terus mencari gol penyamaan, Fred mencuba dengan satu percubaan mengelirukan apabila hantaran tidak menjadi sedikit melewati palang.

Bersambung permainan separuh masa kedua, Erik Ten Hag terus mengeluarkan Wout Weghorst dan memasukkan pemain kreatif, Antony.

Fred berjaya menyamakan kedudukan dengan satu rembatan padu selepas bola hantaran Bruno Fernandes terus melekat di kaki Fred untuk disudahkan pada minit ke-47.

Kedudukan secara agregat kembali seimbang dan Manchester United seakan bertambah yakin untuk terus menekan Barcelona.

Bruno Fernandes mencetuskan kontroversi apabila merembat bola kepada Frenkie De Jong yang tergolek di tanah selepas diasak Antony dan Aaaron Wan Bissaka.

Pergaduhan hampir tercetus angkara Bruno Fernandes, pemain kedua-dua pasukan berkerumun seperti lalat mengkerumun tahi dan pengadil berjaya mengawal situasi, kad kuning untuk Bruno.

Pada minit ke-73 Manchester United mendahului apabila berjaya menggandakan kedudukan melalui Antony yang menjadikan kemasukannya sebagai satu keputusan yang tepat.

Luke Shaw menyelamatkan bola dari keluar dengan satu backheel yang berjaya disambar Bruno Fernandes yang menghantar kepada Garnacho disusuli satu rembatan.

Marc-Andre ter Stegen berjaya menghadang dan bola muntah sampai kepada Antony yang mempamerkan penyudah yang tenang dengan satu lencongan.

Sergio Busquets telah mengasari Alejandro Garnacho dengan satu tarikan ke belakang selepas gagal menyekat keliaran pemain itu.

Barcelona terus menekan Setan Merah untuk mencari gol penyamaan bagi terus menghidupakan peluang terutamanya di lima minit masa kecederaan.

Raphael Varane telah menyelamatkan bola rembatan Lewandowski di depan garisan gol selepas David De Gea sudah tertewas, penyelamatan penting dan getir.

Manchester United berjaya mempertahankan kedudukan untuk menang dan mara ke pusingan 16 dengan kemenangan 2-1 dan agregat 4-2.

Kesebelasan Utama Manchester United: David De Gea, Wan-Bissaka, Varane, Martinez, Shaw, Fred, Casemiro, Fernandes, Rashford, Sancho, Weghorst.

Pemain Simpanan : Heaton, Lindelof, Maguire, Malacia, Sabitzer, Dalot, Antony, Pellistri, Elanga, McTominay, Garnacho, Mainoo.

Kesebelasan Utama Barcelona: Ter Stegen, Kounde, Araujo, Christensen, Balde, De Jong, Busquets, Kessie, Raphinha, Lewandowski, Roberto.

Pemain Simpanan : Peña, Tenas, Fati, Torres, Alonso, Alba, García, Casado, Torre.

Pengadil Perlawanan : Clément Turpin (Perancis).

BACA:  Valverde: Messi Dalam Keadaan Sempurna Untuk Hadapi Manchester United