Manchester United Cipta Rekod Liga Perdana Inggeris

Kelab yang sinonim dengan tangga keenam, Manchester United, telah mencipta sejarah Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Watford 2-0 di Old Trafford semalam.

Kemenangan hasil jaringan Mata dan Martial tersebut telah memberikan mata yang ke 2000 buat pasukan Syaitan Merah tersebut – kelab pertama yang berjaya lakukannya dalam era Liga Perdana Inggeris yang bermula sejak musim 1992-93.

Bro, 2000 bukan sikit bro.

Kalau nak ikutkan, secara kolektifnya sebahagian besar daripada 2000 mata tersebut disumbangkan oleh Bapa Transformasi Manchester, Datuk Seri Alex Ferguson, dan sepatutnya United boleh mencapai 2000 mata ini lebih awal. Namun reputasi gah sebagai gergasi bola sepak England dimusnahkan oleh Sir David Moyes dan Sir Louis Van Gaal sebelum cuba dinaikkan kembali oleh Sir Jose Mourinho.

Dengar cerita jumlah mata terkumpul ini boleh ditebus untuk mendapatkan kain pasang di Jakel.

Mengekori rapat jumlah mata terkumpul ini ialah 4rsenal dan diikuti Chelsea. Kalau nak tengok senarai enam teratas, boleh tengok gambar di bawah. Tulis panjang-panjang nanti kau suruh lukis.

Sumber gambar : The Sun

Ini bermaksud, Arsenal memerlukan sekurang-kurangnya 70 mata selama tiga musim sambil berharap United jatuh ke liga Kejuaraan, barulah Arsenal dapat memecahkan rekod ini.

Cuma nak tanya, mana Manchester City?

Baca Juga

Baca Juga