Manchester United Dalam Perundingan Untuk Mendapatkan Sancho, Kane Dan Adama Traore

Manchester United bakal menandatangani tiga pemain utama pada jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Harry Kane, Jadon Sancho dan Adama Traore antara pemain yang akan dikaitkan untuk menyertai setan merah pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Manchester United sebelum ini sudah lama dikaitkan dengan Harry Kane dan kali ini, ketua pasukan England itu sudah menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan Tottenham Hotspur.

Jadi ini adalah peluang terbaik untuk Manchester United mendapatkan penyerang sensasi premier league itu.

Sebelum ini Daniel Levy telah meletakkan tanda harga £200 juta untuk ketua pasukan England itu, dan nilai tersebut sepertinya sukar untuk dituruti oleh Manchester United.

Jadi Manchester United mungkin boleh menghantar wakil untuk melakukan perundingan dengan Tottenham bagi membincangkan tentang perpindahan ini dan pastikan ianya menjadi kenyataan.

Selain itu, Manchester United juga dilihat antara pasukan yang semakin hampir untuk menandatangani Jadon Sancho dari Borussia Dortmund mengatasi saingannya Chelsea dan Liverpool.

Menurut laporan dari Daily Mail, Jadon Sancho juga ingin menyertai setan merah selepas tiga tahun pemain itu meninggalkan Manchester City.

Menurut laporan sama juga, ejen kepada Jadon Sancho telah mengadakan pertemuan dengan wakil dari Manchester United dan kesemua perundingan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Namun Manchester United tetap mempunyai masalah berkaitan nilai perpindahan yang diminta oleh Borussia Dortmund.

Walau keadaan ekonomi kelab agak terjejas dengan penularan wabak yang sedang teruk melanda dunia kini, Dortmund tidak mahu untuk melepaskan Sancho dengan harga dibawah pasaran.

Jadi Manchester United telah mempunyai rancangan sendiri untuk memastikan Dortmund terima tawaran dari mereka, setan merah menawarkan Alexis Sanchez dalam perundingan ini demi untuk mereka mendapatkan Sancho dengan harga lebih rendah.

United turut meyakinkan Sancho untuk memberikannya jersi bernombor tujuh dan akan memberi lebih minit permainan kepada pemain kebangsaan England itu.

Terbaru, Adama Traore pula dilaporkan akan menjadi sasaran untuk dibawa ke Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Selain Manchester United, Liverpool dan Manchester City turut dikatakan berminat untuk menandatangani bintang berbadan sasa Wolves itu.

Manchester United dilihat antara yang paling terdesak dan paling berminat untuk menandatangani Adama Traore yang dikatakan bernilai £70 juta.

Adama Traore telah mempamerkan aksi cukup mantap bersama Wolves musim ini dan beliau antara pemain yang cukup digeruni pertahanan lawan.

BACA:  Teori Konspirasi: Kenapa Manchester United Sah Bergelar Juara Premier League 2021/22?