Manchester United Dilaporkan Mengadakan Perbincangan Serius Mendapatkan Varane

Manchester United telah dilaporkan mengadakan satu perbincangan serius dan menjurus kepada mendapatkan pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane pada musim hadapan.

Sebelum ini Raphael Varane kini dilaporkan berada senarai teratas pemain yang mahu dibeli oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Biasanya perpidahan pemain melibatkan Manchester United akan menjadikan harga yuran perpindahan akan menjadi harga tidak masuk akal atau Manchester United hanya dipergunakan pemain untuk mendapat kontrak baru yang lumayan.

Rapahel Varane kini hanya mempunyai setahun sahaja dari baki kontrak dan tidak ada kedengaran lagi berita bahawa kontrak baru telah ditawarkan.

Zinedine Zidane telah menggunakan khidmat Raphael Varane dalam semua perlawanan musim ini kecuali satu perlawanan La Liga sahaja sebelum mengalami kecederaan.

Media di Sepanyol kini kembali galak melaporkan perpindahan ini dan telah menyebut bahawa pemain pertahanan 27 tahun itu telah pun membincangkan syarat-syarat perpindahan.

Kontrak Varane akan tamat pada 2022 dan Real Madrid tidak menunjukkan sebarang tanda akan menawarkan kontrak baru, mungkin ada syarat yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Jika Varane dijual ini akan dapat menampung beban kewangan yang dihadapi Real Madrid namun situasi Sergio Ramos yang mungkin akan pergi mungkin Varane tidak akan dilepaskan.

Namun Raphael Varane dilaporkan telah membuka pintu untuk rundingan kerana Real Madrid belum menyatakan apa mengenai kontrak baru dan sekadar menimbulkan keraguan.

Dan kini Manchester United dikhabarkan semakin serius untuk mendapatkan Raphael Varane bagi digandingkan dengan Harry Maguire untuk mewujudkan satu kestabilan yang lebih jitu.

Dengan situasi ini tiada pilihan lain untuk Real Madrid selain menjual Raphael Varane yang kini dinilai pada harga £60 juta.

Jual atau Real Madrid akan berputih mata melepaskan Varane secara percuma.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane juga dilaporkan sudah mampu menerima hakikat dan berlembut jika dengan idea penjualan Raphael Varane.

Walaupun mempunyai reputasi yang hebat namun Rapahel Varane hanya menikmati gaji mingguan sebanyak £150,000 seminggu dan dalam kemampuan Manchester United.

Rapahel Varane mempunyai reputasi hebat dengan memegang gelaran juara Champions League sebanyak 4 kali dan juara Piala Dunia 2018 bersama Perancis.

Pemain pertahanan tengah yang kini berumur 27 tahun telah mengecap kesemua kejayaan itu pada usia 25 tahun.

Kecederaan menjadi pembukaan kepada karier awalnya untuk menjadi salah seorang pertahanan yang kental di dalam di dunia bola sepak.

Sepanjang musim 2016/17 dan 2017/18, Rapahel Varane telah terlepas 24 perlawanan dan sejak itu hingga ke hari ini hanya 6 perlawanan sahaja Varane tidak turun beraksi.

Ketika Real Madrid kehilangan Sergio Ramos kerana kecederaan, Varane tidak berdepan masalah mengambil tanggungjawab penuh yang ditinggalkan Ramos.

Perbandingan Varane dengan Harry Maguire dan Victor Lindelof jelas menunjukkan Varane kurang melakukan kesalahan berbanding kedua pemain tersebut.

Varane juga kurang melakukan gelecekan dan ini mampu mengurangkan aksi kelakar. Maguire mempunyai rekod lebih baik di udara tapi Varane lebih bagus berbanding Lindelof.

Kekuatan paling utama Varane adalah kepantasan beliau yang seperti dimahukan oleh Rio Ferdinand yang merasakan kelajuan pemain pertahanan akan menjadikan Setan Merah lebih kebal.

Seperti Maguire, Varane pernah melakukan aksi kelakar tak masuk akal dan nasibnya baik kerana tidak beraksi di Premier League.

Dan jika Varane sah ke Premier League dan melakukan kesilapan maka beliau akan merasai nikmat dipanggang media Inggeris.

BACA:  Penyokong Manchester United Serang Instagram Raphael Varane, Merayu Sertai Syaitan Merah