Manchester United Enggan Layan Permintaan Gaji Herrera, Semakin Hampir Sertai PSG

Manchester United dilaporkan enggan mengaku kalah terhadap permintaan gaji dari ejen Ander Herrera yang mengugut akan meninggalkan kelab tersebut pada musim panas nanti jika permintaannya tidak ditunaikan.

Kontrak Herrera akan tamat pada penghujung musim ini dan perbincangan sedang dilakukan di antara kedua-dua belah piha bagi mencari jalan supaya Herrera terus kekal di Old Trafford.

Duit minyak PSG mampu memuaskan nafus serakah Herrera

Pengurus Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer mahu Herrera terus kekal bersama United dan pihak atasan United juga percaya tawaran yang telah dikemukakan kepada pihak Herrera adalah refleksi kepercayaan mereka terhadap sumbangan Herrera kepada kelab tersebut.

Manchester United menawarkan kontrak selama 3 tahun kepada Herrera dengan kadar kenaikan gaji yang tinggi dari apa yang diterimanya selama ini, iaitu sekitar £80,000 seminggu.

Walau bagaimanapun, kem Herrera meminta United supaya meningkatkan lagi tawaran gaji mingguan menjadi £200,000 seminggu. Jumlah tersebut dianggap terlalu tinggi bagi pemain seperti Herrera dan pihak kelab enggan mengalah dalam isu ini.

Adakah Herrera bakal mengikut jejak langkah Emre Can dan Aaron Ramsey yang meninggalkan kelab terdahulu secara percuma ?

Buat masa sekarang, tiada pihak mahu mengalah dalam isu ini dan melihat pada situasi sekarang, sesuatu yang ajaib perlu berlaku jika peminat Manchester United mahu melihat Herrera terus beraksi di Old Trafford musim hadapan.

Jika Herrera gagal mencapai persetujuan dengan Manchester United dalam isu kontrak ini, bekas pemain Athletic Bilbao ini dijangka akan menyertai Paris Saint-Germain pada musim panas nanti secara percuma.

PSG dilaporkan bersedia menawarkan gaji lebih £150,000 seminggu kepada Herrera, dengan tawaran kontrak yang lebih panjang dari apa yang ditawarkan United.

Herrera dianggap antara pemain yang menyerlah di bawah pengurus baru, Ole Gunnar Solskjaer dan menjadi pemain utama di bahagian tengah bersama Paul Pogba dan Nemanja Matic.

Kegagalan United untuk memenuhi permintaan Herrera mungkin disebabkan kelab sedang menanggung bil gaji yang agak tinggi berikutan gaji lumayan yang diterima beberapa pemain utama seperti Alexis Sanchez, Paul Pogba dan Romelu Lukaku.

David De Gea tidak ketinggalan meminta gaji yang tinggi kerana mahu gaji yang sama seperti Sanchez

Selain Herrera, Manchester United juga sedang berdepan masalah yang sama dengan penjaga gol, David De Gea yang meminta gajinya dinaikkan sekali ganda dari apa yang beliau terima sekarang ini, iaitu £240,000 seminggu.

Manchester United sudah tentu tidak mahu melihat episod yang berlaku kepada Liverpool dan Arsenal terjadi kepada mereka.

Pemain tengah Jerman, Emre Can meninggalkan Liverpool musim panas lalu untuk menyertai Juventus manakala Arsenal bakal kehilangan khidmat Aaron Ramsey tidak lama lagi yang telah bersetuju untuk menyertai kelab yang sama.

BACA:  Tenang Demba Ba Jaringkan Gol Selepas Pertahanan Manchester United Lenyap