Manchester United Goyang Ancaman Penunjuk Perasaan Menjelang Aksi Bertemu Liverpool

Manchester United goyang dengan ancaman penunjuk perasaan yang mungkin akan sekali lagi melakukan gangguan yang akan mengganggu perjalanan perlawanan bertemu Liverpool.

Aksi perlawanan Manchester United bertemu Liverpool pada musim lalu telah diganggu oleh penunjuk perasaan yang melakukan tunjuk perasaan dalam membantah pemilikan Glazer.

Para penyokong Manchester United sudah lama membantah pemilikan Glazer dan hal ini semakin memuncak pada musim lalu, selepas pemilik kelab mereka mengumumkan untuk menyertai pakatan European Super League.

Walaupun pihak kelab kemudiannya sudah memutuskan untuk menarik diri dari menyertai ESL, para penyokong setan merah masih tetap menyampah dan benci dengan pemilik kelab dari Amerika itu.

Mereka melakukan tunjuk perasaan dalam membantah pemilikan Glazer dengan pelbagai cara, dan yang paling teruk adalah ketika mereka mengganggu perjalanan pertembungan United bertemu Liverpool.

Para penyokong menunjukkan rasa kecewa dan amarah mereka dengan berusaha untuk memastikan perlawanan Liverpool bertemu Man Utd pada musim lalu dibatalkan.

Mereka berkumpul di hadapan hotel kediaman pemain kedua-dua pasukan, menghalang bas yang membawa pemain Liverpool, bahkan turut ada penyokong yang menceroboh masuk ke Old Trafford untuk melakukan bantahan tersebut.

Perlawanan itu terpaksa ditangguhkan dalam usaha untuk melindungi keselamatan para pemain kedua-dua pasukan dengan pihak berkuasa merasakan penunjuk perasaan bersikap terlalu extreme.

Manchester United terpaksa menanggung derita atas kedunguan para penyokong mereka, dengan perlawanan bertemu Liverpool terpaksa ditunda dan kerana itu mereka terpaksa bermain tiga perlawanan dalam tempoh beberapa hari.

Kedua-dua pasukan akan dipertemukan pada hujung minggu ini dalam aksi saingan Premier League, dan menurut sumber laporan Daily Star, United sedang dalam persiapan untuk berdepan dengan penunjuk perasaan.

Laporan tersebut turut mendakwa yang pimpinan kelab sudah bertemu dengan pihak berkuasa tempatan, termasuk pihak polis Manchester untuk memastikan kawalan lebih ketat disediakan pada hari perlawanan nanti.

Dengan tiada penyokong dibenarkan masuk pada musim lalu, keadaan sepertinya lebih mudah untuk di kawal, dan suasana pada musim ini jelas berbeza.

Ketika perlawanan di atur semula, kawalan keselamatan di Old Trafford telah dipertingkat dengan mereka turut meletakkan penghadang bagi mengelak penyokong masuk ke kawasan stadium.

Kini, sudah ada bunyi-bunyi yang para penyokong mahu melakukan hal yang sama sekali lagi dengan mereka sedang hangat membincangkan hal tersebut di media sosial.

Mereka memang menunggu aksi bertemu Liverpool untuk melakukan bantahan tersebut, kerana sedar yang pertembungan dua gergasi Premier League itu akan mendapat liputan yang lebih meluas.

Seluruh dunia tertarik untuk menyaksikan pertembungan antara dua pasukan ini, dan tentunya para penyokong mahu memanfaatkan kesempatan yang ada untuk beritahu seluruh dunia tentang apa yang mereka mahu dan sedang perjuangkan.

Melihat kepada prestasi tidak menentu skuad setan merah pada ketika ini, tidak dinafikan lagi yang para penyokong akan melakukan tunjuk perasaan tersebut untuk meluahkan rasa kecewa dan marah mereka.

Mereka menyalahkan Glazer sebagai punca mengapa kelab gagal untuk mencapai kejayaan sehebat era Sir Alex Ferguson.

Walau bagaimanapun, Glazer sebenarnya sudah membuktikan sumbangan beliau untuk kelab, dengan menyediakan dana cukup besar untuk Ole Gunnar Solskjaer.

United pada musim panas baru-baru ini telah menandatangani Cristiano Ronaldo, Raphael Varane dan Jadon Sancho, dengan kelab melaburkan begitu banyak perbelanjaan baik untuk yuran perpindahan, mahupun pembayaran gaji.

Jadi, apa lagi yang para penyokong mahu dari pemilik? Tidak cukup segala yang sudah pemilik sediakan?

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jerome Boateng Dedah Punca Sebenar Tolak Lamaran Manchester United