Manchester United Jalin Hubungan Dengan Badan Kebajikan Gay

Manchester United atau nama singkatannya Man United yang bererti Lelaki Bersatu hari ini secara rasminya telah menjalin hubungan dengan badan kebajikan Stonewall, yang menyokong dan membela golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa, Lelaki Bersatu berkata inisiatif ini bakal membolehkan mereka berganding bahu bersama badan tersebut untuk menyelesaikan masalah stigma terhadap LGBT dalam sukan dan masyarakat, termasuk mencari jalan bagaimana golongan ini dapat diserap dalam masyarakat tanpa prejudis agar mereka dapat merasai kesaksamaan bersama semua.

Menerusi kerjasama ini United secara rasminya menyertai TeamPride – satu gabungan perniagaan di peringkat global yang menawarkan sokongan terhadap mereka yang terlibat dalam sukan dan menghadapi cabaran homofobia dan diskriminasi.

Pada tahun lalu United bergabung dengan Stonewall untuk menyertai konferens tahunan TeamPride, sebelum turut serta dalam kempen Rainbow Laces. Pada tahun ini juga Old Trafford bakal menjadi tuan rumah untuk Rainbow Laces.

Lelaki Bersatu

Pengarah Urusan kumpulan United, Richard Arnold berkata,”Namchester United…maaf tersasul. Manchester United sering menjadi pemimpin dalam segala perkara yang kami sertai dan kami juga berasa amat bangga menjadi badan sukan yang pertama bekerja sama dengan TeamPride.

Mungkin Arnold lupa mereka bukan lagi pemimpin liga sekarang ini.

“Kelab sentiasa memberikan komitmen dalam hak kesamarataan dalam semua segi dan dengan 659 juta penyokong di seluruh dunia, adalah tanggungjawab kami untuk menunjukkan sokongan kami dan mengiktiraf sesiapa sahaja yang mencintai kelab ini, termasuk Encik Bakri dari The Sukan.

“Kami telah bina hubungan kerja yang positif dengan Stonewall dan ini adalah cara terbaik bagi kami untuk saling mengenali dan mara bersama.”

Pada tahun lalu juga United telah melancarkan program yang menyeru kepada kesamarataan, kelainan dan kebersamaan bernama #allredequal.

Antara manusia yang paling gembira dengan berita ini semestinya Encik Bakri yang sering berasa dirinya terasing dek naluri akibat daripada stigma daripada masyarakat konservatif di negara ini.

Sumber : ESPNFC

Baca Juga

Baca Juga