Manchester United Jana RM13.55 Juta Dari Rehat Piala Dunia

Manchester United bakal menjana pendapatan berjumlah RM13.55 Juta (£2.5 juta) dari cuti rehat Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar dalam tempoh kurang seminggu lagi.

Walaupun Liga Perdana sedang berehat, Manchester United dijangka menjana pendapatan berjuta-juta pada cuti pertengahan musim dan bayaran ini datang melalui FIFA.

Ini kerana FIFA akan membayar kelab untuk setiap hari pemain mereka pergi mewakili negara mereka untuk Piala Dunia, selaras dengan Program Faedah Kelab 2010 organisasi itu.

Program ini direka untuk memberi pampasan kepada kelab yang melepaskan pemain mereka. Memandangkan Manchester United mempunyai 16 pemain yang akan terbang ke Qatar, kelab itu akan memperoleh berjuta-juta dalam masa lebih sebulan.

FIFA dikatakan telah mengagihkan sekitar £157 juta melalui skim itu semasa Piala Dunia 2018 di Rusia namun kelab dijangka menerima lebih banyak kali ini.

Tahun ini kelab menerima $10,000 (£9,012) bagi setiap pemain setiap hari sepanajng mereka berada di Qatar untuk Piala Dunia.

Bayaran yang diterima kelab tahun ini meningkat daripada £6,440 setiap pemain sehari berbanding bayaran yang diterima di Piala Dunia Rusia 2018.

Sudah tentu, ketetapan bayaran ‘sehari’ hanya terpakai dengan syarat pemain berkenaan kekal bersama pasukan kebangsaannya sepanjang Piala Dunia 2022.

Sementara itu, Piala Dunia dipendekkan kepada 29 hari bagi edisi kali ini, dengan setiap pasukan akan memulakan persiapan hari ini, enam hari sebelum pertandingan bermula.

Kejohanan bermula pada 20 November dan setiap pasukan akan berada dalam kejohanan selama 13 hari minima sehingga tamat peringkat kumpulan.

Walaupun boleh tahan sendu, Setan Merah mempunyai 16 pemain yang akan ke Piala Dunia mewakili negara masing-masing termasuklah Alex Telles, yang dipinjamkan ke Sevilla.

Hannibal Mejbri, Harry Maguire, Marcus Rashford, Luke Shaw, Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Diogo Dalot, Fred, Casemiro, Antony, Raphael Varane, Tyrell Malacia, Telles, Christian Eriksen, Lisandro Martinez dan Facundo Pellistri semuanya telah dinamakan dalam skuad negara mereka berasal.

Dengan kiraan semua pemain 16 pemain Setan Merah akan beraksi selama 19 hari sahaja, kelab itu akan mendapat jaminan £2,739,648 daripada Piala Dunia sahaja.

Tu jika semua negara yang diwakili Manchester United tidak lepas peringkat kumpulan yang berlangsung selama 13 hari ditambah dengan 6 hari persediaan ke Piala Dunia = 19 hari.

Angka itu juga berkemungkinan meningkat memandangkan Setan Merah mempunyai pemain dari beberapa skuad yang diramal mampu pergi jauh dalam kejohanan itu, termasuklah Argentina, Brazil, Perancis dan England.

Manchester United juga masih boleh mendapatkan wang tambahan dari bekas pemain yang bermain di Piala Dunia.

Peraturan FIFA menyatakan:

“Pampasan akan dibayar kepada semua kelab di mana pemain bola sepak itu telah bermain dalam dua tahun sebelum Piala Dunia FIFA 2022.”

Lantaran itu Manchester United juga mungkin berhak mendapat bahagian wang dari Daniel James dan Edinson Cavani yang masing-masing mewakili Wales dan juga Uruguay.

Program Faedah Kelab adalah sebahagian daripada perjanjian kerjasama yang lebih luas antara FIFA dan Persatuan Kelab Eropah, yang pertama kali dilancarkan sebelum Piala Dunia FIFA 2010 dan dilanjutkan lagi pada 2015 untuk meliputi kedua-dua Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.

Pada Piala Dunia 2010 FIFA memperuntukkan sebanyak $40 juta meningkat kepada $70 juta untuk Piala Dunia 2014 dan terus melonjak kepada $209 juta untuk Piala Dunia 2022.

Pada April lalu UEFA telah memperuntukkan 240 juta euro ($260 juta) untuk membayar kelab kerana melepaskan pemain mereka untuk pertandingan pasukan kebangsaan dalam kitaran 2020-24 sebagai sebahagian daripada program faedahnya.

Program faedah kelab adalah berdasarkan jumlah yang dijana oleh kejohanan akhir Kejohanan Eropah dan dibayar kepada kelab yang telah menyumbang kepada kejayaan semua pertandingan UEFA untuk pasukan kebangsaan.

UEFA menambah 100 juta euro akan diberikan untuk pelepasan pemain ke UEFA Nations League 2020-21 dan 2022-23, serta kelayakan Eropah untuk Euro 2024.

BACA:  Europa League Semi Final: Roma 3-2 Manchester United (Agg. 5-8)