Manchester United Juara Carabao Cup, Tamatkan Kemarau Trofi Sejak 2017

Perlawanan akhir EFL Cup atau League Cup dan kini dikenali sebagai Carabao Cup bagi musim 2022/23 menemukan dua pasukan dalam pembikinan iaitu Manchester United dan Newcastle United.

Carabao Cup telah diperkenalkan pada musim 1960/61 yang merupakan kejohanan kelas ketiga dalam hieraki kejohanan domestik bola sepak Inggeris selepas Premier League dan Piala FA.

Seperti biasa perlawanan akhir Carabao Cup diadakan di Stadium Wembley dan ini merupakan kali kedua Newcastle United ke final dan kali pertama adalah pada 1975/76 ketika mereka muncul naib juara.

Manchester United pula telah mara ke final Carabao Cup sebanyak 9 dan telah muncul juara sebanyak 9 kali. Liverpool merupakan juara bertahan dan juga pemenang terbanyak kejohanan dengan 9 kali dalam 13 final.

Loris Karius turun selaku penjaga gol utama Newcastle United selepas Nick Pope digantung perlawanan dan Martin Dubravka tidak dapat beraksi kerana namanya didaftarkan sebagai pemain Manchester United.

Ini peluang keemasan dan terbaik Karius untuk membuat kemunculan semula dan mengharumkan kembali namanya kembali. Penyokong Magpies hadir dengan sokongan tidak berbelah bahagi yang mampu menggerunkan lawan.

Permainan laju hampir tiada pedoman dipamerkan oleh Newcastle dan juga Manchester United sejak awal permainan dengan aksi saling menyerang yang berjaya dipatahkan.

Selepas empat minit permainan Mola TV yang dilanggan dengan harga 8 dollar tersangkut di mana hanya suara sahaja yang keluar sehinggalah minit ke-14.

Rusdy Ahmad (nama samaran) selaku rakan kongsi akaun kedua bergelut tidak dapat masuk ke laman sesawang Mola TV dan mengalah dengan memilih untuk menonton melalui aplikasi di telefon pintar.

Pada minit 23, satu pesanan dari Telegram masuk, Rusdy Ahmad berjaya masuk ke laman sesawang Mola TV yang membolehkan menonton perlawanan di skrin 43 inci.

Minit ke-25 permainan dihentikan 3-4 minit selepas Lisandro Martinez dan Fabian Schar mengalami kecederaan kepala selepas berlaga.

Pada minit ke-33 Casemiro meletakkan Manchester United dihadapan selepas menanduk masuk sepakan percuma Luke Shaw dengan sesedap rasa.

Video Assistant Referee (VAR) membuat penelitian ke atas gol itu disyaki Casemiro ofsaid yang garisan dibuat VAR bewarna hijau menandakan onside dan gol dikira.

Enam minit berselang, lorongan Wout Weghorst telah berjaya disudahkan oleh Marcus Rashford selepas bola tertampan ke kaki Sven Botman membuatkan Loris Karius tewas buat kali kedua.

Dan Burn hampir mengurangkan defisit namun tandukannya yang mengancam itu tersasar, Wout Weghorst mencuba dengan melencongkan bola dari jauh namun Karius tidak terpedaya.

Bersambung separuh masa kedua, Diogo Dalot dikeluarkan untuk Aaron Wan Bissakan dan Sean Longstaff digantikan dengan Alexander Isak untuk menambah sengat.

Manchester United berkampung di kawasan sendiri dan mempertahankan kelebihan dua jaringan dengan menyerap segala asakan yang dihadirkan oleh Newcastle United dan sesekali melakukan serangan balas.

Aaron Wan Bissaka dan Lisandro Martinez bermati-matian melayangkan badan bagi mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Memasuki minit ke-70, Manchester United masih lagi kebal bertahan, Marcel Sabitzer dan Scott McTominay dibawa masuk menggantikan Wout Weghorst dan Fred untuk memperkukuhkan pertahanan.

Setan Merah mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menamatkan perlawanan lebih awal namun terlalu gopoh, Magpies pula mencuba dan terus mencuba namun tiada percubaan bahaya melainkan melalui sepakan penjuru.

Jacob Murphy melakukan rembatan jarak jauh persis Roberto Carlos dan sedikit tersasar ketika De Gea sudah terpaku, Rashford dikeluarkan dan Harry Maguire masuk.

Lima minit masa kecederaan cuba dimanfaarkan sepenuhnya Newcastle, Bruno Fernandes mampu menjaringkan gol ketiga namun dinafikan Karius.

Manchester United muncul juara Carabao Cup sekaligus menamatkan kemarau trofi mereka sejak 2017.

Kesebelasan Utama Manchester United : David de Gea; Dalot, Varane, Martinez, Shaw; Casemiro, Fred; Antony, Fernandes, Rashford; Weghorst.

Pemain Simpanan : Lindelof, Maguire, Malacia, Sabitzer, Heaton, Sancho, Wan-Bissaka, McTominay, Garnacho.

Kesebelasan Utama Newcastle (4-3-3) : Loris Karius; Trippier, Schar, Botman, Burn; Longstaff, Guimaraes, Joelinton; Almiron, Wilson, Saint-Maximin.

Pemain Simpanan : Lascelles, Ritchie, Targett, Isak, Manquillo, Murphy, Willock, Gillespie, Anderson.

BACA:  Manchester United Sudah Sediakan Jersey No 7 Untuk Griezmann