Manchester United Kalah Bermaruah Kerana VAR Di Tangan Brighton

Bakal juara EPL 2024/25, Manchester United terpaksa menanggung kekalahan bermaruah di tempat lawan di tangan Brighton.

Manchester United yang dianggap ‘juara’ transfer window kali ini menurunkan barisan terkuat yang tersedia untuk mereka.

Pasukan yang dianggap sebagai memiliki jersi jersi paling cantik dengan logo adidas bunga itu di hadapan menerusi gol Amad Diallo yang melakukan rembatan yang terbias pada kaki lawan pada minit ke-11.

Bekas pemain Man United sendiri yang pernah digelar Mat Songkok oleh peminat mereka, Danny Welbeck menyamakan kedudukan pada minit ke-32. Hasil daripada umpanan Kaoru Mitoma.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-1.

Aksi separuh masa kedua terus kekal seimbang. Dengan aksi saling berbalas serangan.

Tidak lama selepas itu, Alejandro Garnacho meletakkan Man United di hadapan dengan gol cantik hasil daripada serangan pantas berkelas dunia.

Malangnya gol itu dibatalkan oleh pengadil setelah tinjauan VAR menunjukkan bahawa bola sudah terkena Zirkzee. Dengan pemain itu sudah berada di hadapan bola dan ofsaid.

Laman xG Philosophy melabel Zirkzee telah menafikan peluang 100% gol pasukannya.

Brighton kemudian memperbaiki persembahan mereka dan melakukan lebih banyak ancaman ke gawang Man United.

Man United pula bergelut untuk mendapatkan gol kedua. Dengan beberapa siri gerakan mereka gagal untuk memasuki kotak penalti lawan.

Brighton kekal positif dengan terus fokus untuk menyerang. Mitoma menjadi playmaker penting mereka dalam usaha mereka menceroboh masuk ke kawasan lawan.

Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila Joao Pedro menjaringkan gol kemenangan minit ke-90+5 perlawanan. Andre Onana jelas sekali tidak mampu berbuat apa apa dalam situasi itu walaupun sebelum ini dia mendakwa dia salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.

Gol itu akhirnya memastikan Man United terpaksa akur menerima kekalahan bermaruah di gelanggang lawan.

Mereka masih lagi berada di landasan persaingan kejuaraan liga dengan baki 36 perlawanan.

Manchester United sedia menjadikan Liverpool mangsa kebangkitan mereka untuk aksi seterusnya. Red Devils memang mendapat perlawanan yang tepat ketika mereka sedang terluka dengan kekalahan ini.

BACA:  Solskjaer Tiada Masalah Alih Fokus Terhadap Arsenal Selepas Cemerlang Singkirkan PSG