Manchester United Mahu Keluarkan Dana Besar Untuk Mendapatkan Ansu Fati

Barcelona menerima tawaran bernilai €100 juta untuk pemain muda mereka, Ansu Fati dari Manchester United minggu lalu.

Setan merah juga bersedia untuk menarik diri dari persaingan untuk mendapatkan bintang muda England, Jadon Sancho demi untuk mendapatkan Ansu Fati.

Pada hari Sabtu yang lalu, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, mendakwa bahawa ada pasukan yang bersedia untuk menawarkan tawaran yang sangat lumayan untuk mendapatkan Ansu Fati.

Beliau turut mendakwa bahawa pasukan yang berminat untuk mendapatkan Fati juga bersedia untuk menjadikan pemain berusia 17 tahun itu sebagai pemain muda ketiga termahal di dunia dibelakang Kylian Mbappe dan Joao Felix.

Presiden kelab Barcelona tidak mengesahkan pasukan mana yang sangat berminat untuk mendapatkan Ansu Fati ketika itu. Namun menurut media sukan di Sepanyol, pasukan yang dimaksudkan itu adalah Manchester United.

Media tempatan tersebut turut mendakwa bahawa super ejen, Jorge Mendes merupakan perunding untuk urusan perundingan mendapatkan Ansu Fati.

Mereka turut mendedahkan bahawa setan merah bersedia untuk mengeluarkan dana sebesar €100 juta untuk mendapatkan Ansu Fati berbanding meneruskan usaha untuk menandatangani Jadon Sancho.

Menurut sumber laporan sama, Mendes menghubungi pihak Barcelona untuk mengetahui berapa nilai yang mereka mahu kerana ada beberapa kelab dari premier league yang berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Mendes lebih dikenali sebagai ejen yang banyak bekerja sama dengan Wolves telah memberitahu pihak United bahawa pemain muda tersebut bukan untuk dijual.

Beliau turut menegaskan bahawa terdapat klausa perlepasan bernilai €170 juta dalam kontrak Ansu Fati dan United mendakwa tiada kelab yang sanggup untuk membayar nilai sebesar itu untuk seorang pemain muda.

Mendes kemudian sekali lagi membuat satu panggil kira-kira 10 hari lalu, dengan membawa tawaran dari pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang mana tawaran itu dibawa ke pihak pengurusan Barcelona.

Pihak pengurusan kemudian sekali lagi menolak tawaran tersebut dan mereka tetap dengan pendirian bahawa Ansu Fati bukan untuk dijual walau berapa nilai yang diletakkan.

Fati dan wakilnya cuma merisaukan tentang masa depan beliau walau dimana dirinya beraksi, beliau cuma mahukan minit permainan untuk kebaikkan kariernya.

Beliau tidak mahu bersama pasukan yang tidak menawarkan beliau minit permainan dan tidak mahu bersama pasukan yang mempunyai ramai persaingan yang hebat.

Seperti di Barcelona, terdapat Lionel Messi, Luis Suarez dan Antoine Griezmann sudah berada untuk mengisi posisi serangan pasukan dan sukar untuk Fati bersaing dengan mereka.

Tambahan pula, Fati harus bersaing dengan pemain lain seperti Martin Braithwaite dan Ousmane Dembele dan terbaru pasukan gergasi Sepanyol itu dilaporkan bakal melaburkan dana besar untuk mendapatkan Lautaro Martinez dari Inter Milan.

Barcelona perlu mengeluarkan dana sebesar tawaran yang ditawarkan oleh Manchester United untuk mendapatkan Ansu Fati tetapi ditolak oleh mereka.

Namun terdapat laporan yang mendakwa bahawa Barcelona mahu menjual beberapa pemain mereka hanya untuk mendapatkan dana bagi mendapatkan Martinez.

Fati dijangka akan mengambil bahagian dalam play-offs Segunda B, untuk pasukan Barcelona B pada Julai nanti dan bakal rasmi untuk menjadi pemain Barcelona selepas itu.

Selepas beliau rasmi menjadi pemain Barcelona, di dalam kontrak Ansu Fati akan dimasukkan klausa perlepasan bernilai €400 juta.

Setakat musim ini, pemain muda itu telah menjaringkan empat gol dari 16 penampilan beliau untuk Barcelona dalam saingan liga.

Beliau turut diturunkan sebagai pemain utama sebanyak tujuh kali dan telah menjaringkan gol dalam saingan liga Juara-juara.

Setan merah sering dikaitkan dengan bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho. Mereka dijangka akan menawarkan €100 juta untuk membawa pemain itu kembali ke England.

Namun kini muncul berita bahawa mereka mahu mendapatkan Ansu Fati dan pastinya jendela perpindahan musim panas nanti akan menjadi semakin menarik untuk disaksikan.

BACA:  Carabao Cup: Gol Solo Padu Namati Rashford dan Eriksen Bawa United Ke Suku Akhir