Manchester United Mahukan Geovany Quenda Dari Sporting CP

Manchester United sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pemain sayap dari Sporting CP, Geovany Quenda pada musim panas ini.

Walaupun tawaran rasmi belum dibuat namun United sedang menilai langkah untuk mendapatkan pemain antarabangsa muda Portugal yang berusia 17 tahun itu. Dia dijangka menelan kos sekitar €40 juta (£33.4 juta). Beberapa kelab lain telah menunjukkan minat namun setakat ini belum ada rundingan yang diadakan, hanya borak-borak sahaja.

Jika perpindahan ini berlaku, Quenda akan kembali beraksi di bawah Ruben Amorim yang sebelum ini telah bekerja bersama Quenda sebelum berpindah dari Sporting ke Old Trafford pada bulan November lalu.

Tumpuan United di Jendela Perpindahan Januari

Buat masa ini, United sedang memberi keutamaan kepada urusan dalam pasaran musim sejuk menjelang tarikh akhir pindahan pada hari Isnin ini. Selepas Isnin baru lah kerja-kerja untuk jendela perpindahan seterusnya akan diperhebatkan.

Quenda yang mampu bermain di kedua-dua sayap, tetapi lebih banyak beroperasi di sebelah kanan musim ini cukup sesuai dengan sistem 3-4-2-1. Pada musim ini dia telah membuat 34 penampilan untuk kelab Portugal itu. Dia menjaringkan 2 gol dan menyumbang 6 bantuan.

Pilihan di Sayap Kanan

Sejak kedatangan Amorim, Noussair Mazraoui dan Amad telah menjadi pilihan utama di posisi bek-kanan, manakala Diogo Dalot juga boleh beraksi di posisi itu.

Satu persetujuan awal telah dicapai untuk membawa masuk Patrick Dorgu, bek dari Lecce yang berpotensi untuk mengisi posisi di bek-kiri. Luke Shaw yang kembali berlatih  pada minggu ini selepas pulih dari kecederaan juga merupakan pilihan di sebelah kiri.

Selepas ini Manchester United akan beraksi menentang Crystal Palace pada hari Ahad ini. Amorim kini meletakkan pasukannya di tangga ke-12 dalam carta Liga Perdana, 12 mata di belakang kelompok 4 teratas.

Siapa Geovany Quenda?

Quenda merupakan bakat terbaru yang dibangunkan oleh Sporting di Portugal. Dia sebenarnya ditandatangani dari Benfica, pesaing kuat Sporting CP.

Sepanjang keriernya sebagai pemain sayap, dia mengagumkan ketika beraksi sebagai bek-sayap di bawah Amorim sebelum kembali ke posisi sayap di bawah Rui Borges. Quenda seorang pemain kidal tetapi telah beraksi di kedua-dua sayap sepanjang kerjayanya.

Dia sering turun ke ruang separuh di tengah padang, menjadikannya calon sesuai untuk 4 daripada 10 posisi di luar pertahanan dalam sistem pertahanan bertiga.

Ketika beraksi di posisi sayap, kelajuan Quenda menjadi kekuatan terbesarnya. Dia boleh memecut melewati pertahanan dalam sekelip mata sebelum melakukan hantaran ke dalam kotak penalti lawan. Gaya kawalan bola dan hantarannya mencerminkan keceriaan seorang pemain muda yang menikmati permainan.

Apabila bermain lebih ke bawah, Quenda sentiasa mencari bola dan turun ke posisi yang boleh memancing pertahanan untuk menekan, hanya untuk dikecewakan oleh kelajuan pergerakannya. Percubaan kaki kiri yang dimilikinya juga menunjukkan kekuatan semula jadinya.

Namun, Quenda mempunyai beberapa kelemahan dalam permainannya. Dia tidak begitu tenang dan kadangkala tergesa-gesa dalam tindakan di kawasan akhir. Namun dengan bakat dan kualiti yang dimilikinya pada usia yang begitu muda, Quenda adalah pemain dengan potensi yang sangat tinggi.

BACA:  Premier League 2022/23: Arsenal 3-2 Manchester United (Agregat 4-5)