Manchester United Memalukan Dan Tak Waras – Neville

Gary Neville benar benar bengang dengan Manchester United pada tahun ini. Dia merumuskan kelab teragung dalam peradaban dunia itu sebagai memalukan.

Neville antara pundit yang lantang mengkritik prestasi Man United dan juga pemilikan Glazer. Dia juga seringkali menganjing pasukan lawan ketika United power sekejap sekejap.

Tapi kebanyakan masanya, dia kena kicap balik kerana United memang tidak seperti dulu lagi. Tahun 2023 diibaratkan Neville sebagai tahun yang berakhir dengan aib.

Manchester United tersingkir dari UCL dengan cara memalukan, gagal melepasi kumpulan yang dianggap mudah, hanya Bayern je saingan sepatutnya.

Mereka malah gagal meraih tempat di play off UEL sekalipun. Dan kemudian baru baru ini, selepas meraikan seri di Anfield seperti menang treble, mereka kalah pula di tangan West Ham.

Neville berkata: “Manchester United 2023, telah memalukan sampai ke sudah. Tempoh masa sangat teruk dan organisasi yang tak waras, sukar nak fikirkan.”

“Namun macamanapun, selamat maju yaya kepada Jim Ratcliffe, saya harap dia boleh berusaha memperbaiki kelab agar kembali betul dan kembali dihormati sekali lagi di atas padang.”

Sir Jim Ratcliffe sudah rasmi menjadi pemilik 25% saham Man United. Dia menerusi syarikat INEOS berjaya mendapatkan hak itu. Walaupun sahamnya cuma 25%, Sir Jim Ratcliffe sebelum ini sudah menyatakan dia mahu terlibat secara langsung dalam pengurusan teknikal pasukan.

Ini termasuk dalam pemilihan pengarah sukan dan rombakan staf kejurulatihan.

Sir Jim Ratcliffe merupakan manusia terkaya di Britain. Dia juga pemilik kelab OGC Nice di Perancis. Kelab yang ketika ini mengalami revolusi pesat di bawah pemilikannya.

Manchesster United sebelum ini disenaraikan untuk dijual oleh Glazer. Namun setelah memikirkan nilai kelab itu dijangka akan meningkat kerana rombakan format pada UCL dan Piala Dunia kelab, maka Glazer meletakkan tanda harga terlalu tinggi. Lalu Sheikh Jassim pun menarik diri daripada membeli Man United.

Sir Jim Ratcliffe dipujuk untuk menjadi rakan kongsi baharu Glazer di kelab itu. Dan dia setuju untuk memiliki pegangan saham 25% di kelab itu.

Baca Juga

Baca Juga