Manchester United Membayar Gaji Pemain yang Cedera £52 Juta Sejak 3 Tahun Lalu

Manchester United dilaporkan telah membayar gaji sebanyak £52 juta atau bersamaan RM275.18 juta untuk pemain yang mengalami kecederaan bagi tempoh tiga tahun yang lalu melibatkan musim 2016/17, 2015/16 dan 2014/15.

Pemain bola sepak profesional yang bermain di tahap tertinggi tidak perlu risau tidak menghadapi isu masalah gaji jika mengalami kecederaan walaupun bagi tempoh satu musim ini kerana mereka masih dibayar gaji.

Di Premier League, gaji pemain semakin meningkat dan kadang kala tidak masuk akal termasuklah harga perpindahan yang dibelanjakan kelab untuk mendapatkan pemain diingini. Kelab juga terpaksa membayar gaji pemain yang tercedera walaupun tidak beraksi.

Berdasarkan kajian yang dibuat Sick Notes untuk tiga musim yang lalu, Manchester United merupakan juara dalam membayar gaji pemain yang cedera iaitu sebanyak £52,514,709 untuk tempoh 4096 hari.

Wayne Rooney merupakan pemain cedera yang menerima bayaran tertinggi iaitu £5,614,267 selepas mengalami kecederaan terkumpul selama 131 hari dalam tempoh 3 tahun.

Perbelanjaan ke atas Luke Shaw sangat tinggi kerana tidak bermain selama 449 selepas megalami kecederaan patah kaki dan memaksa Syaitan Merah berbelanja sebanyak £4,490,000.

Manchester City walaupun kehilangan pemain kurang hampie separuh berbanding Manchester United tetapi City membelanjakan sebanyak £48,376,000 untuk membayar gaji pemain yang cedera. Jumlah yang agak gila.

Chelsea merupakan pasukan yang paling sedikit kehilangan pemain iaitu 1,499 hari sahaja tetapi jumlah yang mereka bayar boleh dikatakan agak tinggi.

Jay Rodriguez merupakan pemain paling banyak mengambil cuti sakit bagi tempoh tiga tahun lepas dengan jumlah 549 hari dan membabitkan kos sebanyak £2,820,479.

Liverpool membelanjakan wang paling tinggi kepada Daniel Sturridge iaitu sebanyak £8,022,456 bagi 468 hari tempoh kecederaan yang merupakan jumlah bayaran tertinggi.

Baca Juga

Baca Juga