Rio Ferdinand dengan yakin dan beraninya telah menyatakan bahawa Manchestr United kini telah berjaya memintas Liverpool sebagai pasukan bola sepak yang lebih hebat.
Walau apa pun juga alasan yang panjang berjela diberikan oleh Liverpool yang bergelut musim 2020/21 namun hakikatnya Manchester United di atas Liverpool.
Bekas pemain pertahanan Manchester United itu telah membuat penilaian keatas perkembangan Manchester United di bawah pimpinan Ole Gunnar Solskjaer sejak setahun yang lalu.
Dressed for the occasion 💥#UELfinal pic.twitter.com/Z3rsyjucxJ
— Rio Ferdinand (@rioferdy5) May 26, 2021
Antara fakta dan hujah yang diguna pakai oleh Rio Ferdinand adalah pada musim Liverpool bergelar juara Premier League selepas hampir 30 tahun, Manchester United ketinggalan 33 mata dibelakang Liverpool.
Musim terkini yang sudah tamat, Liverpool gagal mengekalkan gelaran juara dan menamatkan musim ditangga ketiga di belakang Manchester United yang berada ditangga kedua.
Kini Manchester United ternyata lebih hebat berbanding Liverpool dengan prestasi yang lebih cemerlang. Korang setuju tak dengan Ferdinand?
Rio Ferdinand tells Liverpool they are 'behind' Manchester United in 'cold facts' statement #LFC https://t.co/78ZAzEhK7N
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 3, 2021
Walaupun terciduk di kaki Villareal dalam perlawanan akhir Europa League, Rio Ferdinand gembira dengan perkembangan musim yang dilalui Manchester United dan mengakui untuk mengejar Pep Guardiola adalah satu tugas berat.
“Di liga kami dapat apa kami nak, di mana terdapat kemajuan yang diinginkan.” Ujar Rio Ferdinand kepada Goal.
“Aku masih ingat Manchester United pada penghujung musim lalu (2019/20) menamatkan saingan lebih 30 mata di belakang Liverpool.”
Rio Ferdinand speaking cold facts 🗣️🥶 pic.twitter.com/TiwOAD3l9S
— Goal (@goal) June 3, 2021
Dan pada musim 2020/21 semua tahu bagaimana Liverpool bergelut untuk tempoh beberapa bulan pertama tahun 2012 walaupun gah melabelkan diri sendiri sebagai juara Krismas.
“Liverpool kini di belakang kami dan mereka akan memberi berjuta alasan dan sebab tapi hakikatnya kami juga mempunyai pelbaga fakta bahawa kami telah memintas mereka.”
“Itu menunjukkan peningkatan yang besar dan kami berada di kedudukan kedua di liga. Itu tidak bermakna kami telah menjadi sebuah artikel yang lengkap.”
“Tapi jika dipermulaan musim kau cakap kau akan tamatkan liga ditempat kedua maka aku fikir tiada orang yang akan percaya.”
Rio Ferdinand on Man United's progress:
"Liverpool are now behind us and they’ll have their excuses and reasons why but the cold facts are that we have gained that much ground on them that we’ve gone past them this season."
💪💪💪 pic.twitter.com/fuN3IRlXqk
— Footy Accumulators (@FootyAccums) June 3, 2021
Liverpool terciduk teruk dengan gagal mencatatkan kemenangan di stadium keramat mereka, Anfield dan meratapi beberapa kekalahan berturut-turut di tempat sendiri.
Pada suatu ketika untuk ke Europa League sudah mustahil namun Liverpool bangkit dalam 10 perlawanan terakhir dengan mencatatkan lapan kemenangan.
Leicester City dan Chelsea pula goyah dipenghujung musim dan keciciran mata membuka ruang dan peluang untuk Liverpool mendapat tempat ketiga dengan pecutan pada hari terakhir liga. Dramatik.
The 2020/21 #PL season: ✅ pic.twitter.com/n34hMYHwHi
— Premier League (@premierleague) May 23, 2021
Maka benarlah apa diperkatakan oleh Ferdinand itu bahawa tempat kedua adalah suatu penamat yang mengagumkan untuk pasukan seperti Manchester United.
Pepatah bola sepak mengatakan bahawa kedudukan paling susah didaki adalah dari tempat kedua carta liga untuk ke tempat pertama.
Jesteru itu, Rio Ferdinand telah menjelaskan di sini kenapa Manchester United memerlukan beberapa pemain baru untuk mengejar Manchester City.
LATEST: Rio Ferdinand tells Man Utd to prioritise a centre-back ahead of Harry Kane move #THFC https://t.co/x8ZYJ98aIQ
— Hotspurs News Alerts (@AlertsHotspur) June 3, 2021
Rio Ferdinand menegaskan bahawa paling utama yang wajib diperkemaskan adalah bahagian pertahanan dan kalau dapat Harry Kane pun padu jugak.
“Mereka perlukan center back, seorang pemain sayap kanan dan mungkin seorang centre-forward.”
“Sangat bagus jika berjaya dapatkan Harry Kane, bukankah begitu? Tetapi posisi utama yang wajib dilakukan pembelian adalah centre back.”
Harry Maguire telah memegang tanda sebagai pemain pertahanan termahal dunia namun sering dikutuk sejak dua musim yang lalu ditambah pula dengan gandingannya bersama Victor Lindelof.
"There’s no defender quite like Raphaël Varane, not really. The closest is if you go back and look at Rio Ferdinand in his prime. In present day? No chance."
Varane made one tackle at the 2018 World Cup – winning it, of course. 😎 pic.twitter.com/A4yBmlauNx
— Squawka Football (@Squawka) October 10, 2018
Namun kehadiran Maguire sangat dirasai apabila beliau telah tercedera dipenghujung musim dan terlepas perlawanan akhir Europa League meninggalkan Eric Bailly dan Lindelof yang huru-hara.
Pemain pertahanan Real Madrid dan Perancis, Raphael Varane antara pemain paling kuat dikaitkan dengan Manchester United.