Pemain Manchester United yang berasal dari Belgium, Maroune Fellaini kini berada pada tahun terakhir dari baki kontraknya dan Jose Mourinho risau dengan prospek kehilangan khidmat pemain ini musim hadapan.
Manchester United nekad untuk menolak segala tawaran yang hadir pada Januari nanti terhadap Fellaini dan sedang berusaha sedaya upaya meyakinkan pemain ini untuk menandatangani kontrak baru di Old Trafford.
Red Devils telah mengaktifkan klausa 1 tahun lanjutan dalam kontrak beliau pada Januari lalu yang menyaksikan gaji Fellaini dinaikkan kepada £120,000 seminggu. Walaubagaimanapun, pada bulan Januari tahun hadapan, Fellaini boleh berbincang dengan mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas tamat kontrak bersama Manchester United.
Fellaini yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-30 minggu hadapan telah menolak tawaran kontrak baru dari Red Devils September lepas dan bebas untuk menandatangani pra-kontrak dengan mana-mana kelab Januari tahun hadapan.
Manchester United masih belum menyerah kalah dalam usaha mereka untuk meyakinkan Fellaini supaya kekal di Old Trafford. Manchester United juga sanggup kehilangan Fellaini secara percuma hujung musim nanti walaupun tahu mereka mampu mengutip sejumlah wang andai menjualnya Januari ini.
Fellaini telah menunjukkan persembahan yang cemerlang setakat ini dengan menjaringkan 4 gol dari 9 perlawanan. Jose Mourinho juga telah menggelar beliau sebagai pengganti paling ideal kepada Paul Pogba yang mengalami kecederaan panjang.
Fellaini kembali dimasukkan dalam kesebelasan utama ketika perlawanan menetang Chelsea selepas berehat sebulan akibat kecederaan dengan Mourinho menyifatkan impak yang dibawanya dalam perlawanan tersebut adalah fantastik.
“Saya tidak mahu terlupa mengatakan perkara ini kerana saya benar-benar mahu mengatakan sesuatu. Persembahan Fellaini dalam perlawanan tadi amat fantastik.”
“Beliau cedera buat beberapa minggu sebelum ini, menjalani latihan buat pertama kali semalam dan telah bersedia untuk diturunkan andainya khidmat beliau diperlukan dalam pasukan. Saya amat gembira dengan apa yang dilakukannya dan saya tidak mahu perkara ini dilupakan begitu sahaja.”
Mourinho mengakui beliau amat risau dengan situasi semasa kontrak Fellaini selepas diajukan soalan mengenai kontrak Luke Shaw. United masih belum menggunakan pilihan yang ada bagi melanjutkan kontrak Shaw walaupun tahu kontraknya akan tamat hujung musim nanti.
Fellaini menyertai Manchester United ketika era David Moyes 4 tahun lepas dalam perjanjian bernilai £27.5juta. Sejak menyertai Red Devils, beliau telah berjaya memenangi Piala FA, Europa League, dan Piala Liga.
Besiktas Berminat Mendapatkan Fellaini
Kelab Turki, Besiktas merupakan kelab yang dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan Fellaini pada harga £8 juta tetapi Manchester United tidak bersedia menjual Fellaini pada bulan Januari ini.
Laporan itu juga menyebut pemain Belgium itu akan ke Turki pada perpindahan musim panas tahun hadapan. Fellaini juga dilaporkan berada di sebuah hotel di Istanbul, Turki pada awal bulan ini melalui satu video yang tersebar.
Fellaini spotted in Istanbul today… Besiktas are reportedly in advanced talks to sign him! https://t.co/efui40oh5J
— Nitwik Football (@NitwikFootball) November 1, 2017
Namun Manchester United telah menafikan perkara ini da yang berada di Turki adalah kembar kepada Fellain, Mansour Fellaini.