Manchester United Pasukan Paling Banyak Dihadiahkan Penalti Di EPL Musim Ini

Manchester United bernasib baik apabila mampu menewaskan West Ham Untied yang nyata bermain lebih baik dan dua Sepakan penalti dari setiap separuh masa perlawanan sudah cukup untuk United meraih 3 mata.

Pogba bermain teruk sepanjang perlawanan hanya kelihatan ketika mengambil penalti. Malang buat West Ham yang gagal mencari gol lebih.

Penalti dan Manchester United tidak dapat dipisahkan di Premier League musim ini dan banyak membantu untuk mereka mengutip 3 mata.

https://twitter.com/MourinhoSZN/status/1117130332615118849

Selepas 33 perlawanan Setan Merah menjadi pasukan paling banyak dihadiahkan sepakan penalti dengan 12 sepakan sekaligus berada dicarta teratas.

Secara purata Setan Merah menerima satu sepakan penalti bagi setiap 3 perlawanan. Paling banyak pernah mereke kecapi dalam semusim.

Untuk rekod, pasukan paling banyak menerima penalti di Premier League sejak 2002 adalah Leicester City dengan 13 sepakan pada musim 2015/16 di mana mereka muncul juara.

Manchester United mungkin mampu untuk menyamakan rekod tersebut atau memecahkannya dengan liga berbaki 5 perlawanan lagi.

Walaupun mendapat sepakan penalti terbanyak namun Manchester United gagal menjaringkan 3 sepakan.

Crystal Palace di tempat kedua dengan 11 sepakan dan hanya sekali gagal menyempurnakan sepakan.

Senarai pasukan Premier League dengan sepakan penalti terbanyak.

1. Manchester United – 12 penalti

2. Crystal Palace – 11

3. Bournemouth – 9

4. Leicester City – 7

5. Liverpool – 6

=6. Everton – 5

=6. Southampton – 5

=6. Brighton – 5

=6. Chelsea – 5

=10. Arsenal – 4

=10. Manchester City – 4

=10. West Ham – 4

=10. Wolves – 4

=10. Spurs – 4

15. Newcastle – 3

=15. Cardiff – 3

=17. Fulham – 2

=17. Burnley – 2

=19. Huddersfield Town – 1

=19. Watford – 1

Baca Juga

Baca Juga