Manchester United Pernah Mahukan Arsene Wenger Ganti Alex Ferguson

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger pernah menjadi pilihan utama Manchester United untuk menggantikan Alex Ferguson yang mahu bersara pada tahun 2001.

Pengerusi United ketika itu, Martin Edwards, telah menjadikan Wenger sebagai target nombor satu dan pernah bertemu Wenger untuk memujuk lelaki Perancis tersebut untuk meninggalkan Arsenal.

Pada tahun 2001, Ferguson tidak semena-semena mengumumkan mahu bersara daripada bola sepak pada tahun 2001 dan berita ini telah minimbulkan situasi panik di kem United, menyebabkan para pemain hilang fokus selama beberapa bulan.

Martin Edwards dengan piala dan air buah | Gambar : Getty Image UK

Seperti yang diketahui umum, Ferguson menarik semula keinginan untuk bersara dan terus mengemudi United sehingga 2012.

Edwards, pengerusi United dari 1980 sehingga 2002 telah berkongsi bagaimana dia berjumpa Wenger, yang ketika itu berjaya membawa Arsenal sebagai satu pasukan yang sangat kuat dan ditakuti oleh seluruh umat.

“Keputusannya (Fergie) untuk bersara ketika itu amatlah mengejutkan kami semua,” kata Edwards ketapa majalah GQ.

“Apabila kami sedar yang dia serius nak bersara, kami para lembaga pengarah telah berbincang banyak kali untuk mencari pengganti yang sesuai.

“Pilihan kami ialah Arsene Wenger. Sejak menyertai Arsenal pada tahun 1996, Wenger sangat berjaya, terutamanya dalam musim penuh pertamanya apabila dia menang kejuaraan berganda.

“Kau jaga Old Trafford betul-betul nanti,” mungkin itu yang dikatakan oleh Ferguson kepada Wenger | Gambar : The Sun

“Walaupun sekarang ni Wenger agak longlai, tapi waktu tu dia adalah calon terbaik untuk menggantikan Alex. Semestinya dia adalah pilihan pertama aku.

“Wenger sebenarnya agak berminat untuk sertai kami, dan dia pun sudi untuk bertemu aku dan Peter Kenyon di rumahnya di London untuk dengar apa yang kami nak bagi.

“Lagipun, kami telah berjumpa beberapa kali dan kami sebenarnya agak yakin ketika itu Wenger akan sertai kami.

“Tapi, aku rasa Wenger terhutang budi terhadap bekas timbalan pengerusi, David Dein. Dia rapat sangat dengan David dan David adalah sebab utama Wenger reject United.

“Lagi satu, dia rasa dia sudah mulakan sesuatu di Arsenal dan hubungannya dengan kelab tersebut sangatlah kuat, dia taknak musnahkannya,” ujar Edwards panjang lebar.

Selepas menolak United, Wenger membawa Arsenal muncul juara pada musim berikutnya, 2001-2002, dan pada musim 2003-2004, Arsenal sekali lagi muncul juara dan kali ini tanpa kalah sepanjang musim.

Bayangkan kalau Wenger betul-betul jadi pengurus United pada 2001, pasti ramai pemain United akan dijual kepada jiran, Manchester City.

Sumber berita : Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga