Manchester United Pinjam Odion Ighalo Daripada Shanghai Shenhua

Share on facebook
Share on twitter

Manchester United telah melengkapkan pinjaman, Odion Ighalo daripada Shanghai Shenhua ketika jendela perpindahan januari hampir tamat.

Berita ini diumukan oleh Manchester United melalui lama sesawang rasmi mereka, manutd.com.

Pemain penyerang Nigeria, Odion Ighalo akan bersama Manchester United sehingga penghujung musim ini bagi menggantikan Marcus Rashford yang cedera.

Penyerang berusia30 tahun itu akan besama Manchester United untuk baki kempen di Premier League, UEFA Europa League dan Emirates FA Cup.

Ighalo memulakan karier profesional di Nigeria bersama kelab Prime dan Julius Berger sebelum bersama Lyn di Norway pada 2007.

Setahun kemudian Ighalo menyertai Udinese kemudian bersama Cesena dan Watford di Premier League.

Di Vicarage Road, Ighalo telah menjaringkan 40 gol dalam 100 penampilan dalam semua kejohanan.

Pada 2017, Ighalo menyertai kelab China Changchun Yatai dan menyertai Shanghai Shenua pada 2019.

Ighalo menjaringkan 131 gol dalam 322 sepanjang karirnya di kelab. Bersama Nigeria pula Ighalo telah mempunyai 35 cap dengan16 gol.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan Ighalo seorang yang baik dan profesional.

“Seorang lelaki yang baik dan profesional. beliau akan menikmati masanya di sini.”

Share on facebook
Share on twitter
 

Baca Juga

Baca Juga