Manchester United Raikan Kemenangan Pertama Minggu Ini

Keadilan akhirnya memihak kepada Manchester United. Dan mereka menikmati kemenangan pertama minggu ini dengan menang kes rayuan kad merah Bruno Fernandes.

Bruno Fernandes sebelum ini dilayangkan kad merah secara terus oleh pengadil selepas dia tersepak kaki lawannya. Bruno Fernandes menyatakan bahawa dia tidak sengaja untuk melakukan bentesan terbang itu.

Sebaliknya dia menegaskan bahawa dia hilang keseimbangan dan tergelincir. Dia akui dia ada melakukan sentuhan ke atas lawannya. Namun sentuhan itu sangat kecil dan dia tak sangka pengadil boleh melayangkan kad merah.

“Saya tergelincir dan kaki saya terkena sedikit dengan pemain lawan. James Maddison sendiri tersenyum bercakap dengan saya berkata: ‘Itu sama sekali bukan kad merah’.

“Itu memang tidak  patut kad merah. Kalau kad kuning saya faham sebab mereka dalam fasa serangan balas.”

Selepas kad merah itu Man United melepaskan dua lagi bolos ketika bermain dengan 10 pemain. Erik Ten Hag menyalahkan pengadil sebagai punca pasukannya tidak mampu menyempurnakan kebangkitan.

“Kami dalam prestasi yang baik untuk bangkit. Mencipta beberapa ancaman dan  peluang gol. Namun kad merah itu menjadi titik perubahan,” tegas Ten Hag.

Manchester United kalah teruk 0-3 dalam perlawanan tersebut. Dan menjadi mangsa cacian dan ejekan dunia. Hanya kerana kesilapan pengadil yang menafikan peluang mereka untuk bangkit.

Oleh sebab itu penyokong United meminta pengadil perlawanan Chris Kavanagh dikenakan tindakan berat oleh Premier League.

Bruno Fernandes harus menjalani 3 penggantungan kerana kad merah itu.  Ia menjadi tamparan hebat buat Man United. Ini kerana kapten yang digelar The Portuguese Magnifico itu adalah pemain penting mereka. Terutama sekali dalam melakukan penalti dengan teknik enjutannya.

Namun Manchester United membuat rayuan dan  akhirnya panel pakar mengesahkan pengadil membuat kesilapan memberikan kad merah kepada pemain tengah terbaik dunia itu.

Kad merah itu sah ditarik balik dan Bruno Fernandes kini boleh bermain untuk aksi berikutnya.

Berita baik buat  Manchester United yang kini masih dalam landasan untuk menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk kelab itu sejak kali terakhir memenanginya pada 2013.

Kemenangan dalam rayuan kad merah ini adalah yang pertama minggu ini. Dan mereka boleh melakukan kemenangan hatrik dalam minggu ini dengan aksi menentang FC Porto dalam UEL dan Aston Villa dalam EPL hujung minggu ini.

BACA:  Fred Kena Buli Dengan Pemain Muda United