Manchester United Sedia Untuk Ceraikan Cristiano Ronaldo

Manchester United kini dilaporkan sudah bersedia untuk berpisahkan dan ceraikan Cristiano Ronaldo jika ada yang berminat mendapatkan pemain bintang itu serta sedia terima tawaran dari mana-mana kelab.

Cristiano Ronaldo sebelum ini mahu meninggalkan Manchester United dan telah terlepas perlawanan persediaan pra-musim namun pada ketika itu Setan Merah tidak rela melepaskannya.

Situasi dan prestasi terkini Manchester United selepas dua perlawanan Premier League telah mengubah pendirian Setan Merah yang menyaksikan mereka tewas kedua-dua perlawanan dan tiada seorang pun pemain berjaya menjaringkan gol.

Menurut laporan dari talkSPORT, kini sudah sedia dan bertekad untuk menerima tawaran bagi melepaskan Ronaldo dengan jendela perpindahan musim panas hanya tinggal 2 minggu lagi.

Penjaring terbanyak kelab sedia dilepaskan kini harapan Manchester United dan Ronaldo adalah akan ada kelab yang berminat kerana sebelum ini Ronaldo gagal untuk berpindah kerana tiada minat dari mana-mana kelab.

Ronaldo hanya mahu pergi ke kelab yang menjanjikan aksi di Champions League sahaja di mana dia mahu melebarkan rekod jaringan yang dipegannya kini.

Bekas pemain Juventus itu sebelum ini pernah mendapat tawaran mega lumayan dari Arab Saudi di mana Ronaldo akan mendapat bayaran £210 juta untuk tempoh dua tahun.

Bayern Munich, Chelsea, PSG, Inter Milan dan AC Milan yang mempunyai slot ke Champions League dilaporkan tidak mahukan Ronaldo dan ketika ini Atletico Madrid dilaporkan yang akan membuat pertimbangan menerima Ronaldo.

Ketika semua pasukan sudah pun memuktamadkan pembelian pemain dan telah pun ada pasukan mendapat hasil awal dari jendela perpindahan musim panas Manchester United masih lagi terkial-kial.

Mereka dilaporkan mahu mendapatkan Matheus Cunha dari Atletico Madrid namun kelan Sepanyol itu tidak mahu melepaskan pemain itu dan mungkin memaksa Setan Merah membayar klausa pelepasan.

Setan Merah sebelum ini terdesak mendapatkan Marko Arnautovic namun ditentang hebat dan selepas itu dikaitkan dengan Cody Gakpo, Alvaro Morata, Mauro Icardi dan Antony.

Terkini Manchester United masih lagi berusaha mendapatkan Frenkie De Jong dan memperbaharui tawaran yang sudah memasukan tahap Pro Max.

Menurut laporan dari Samuel Luckhurst pula yang juga menyatakan Erik Ten Hag bersedia untuk menjual Cristiano Ronaldo tetapi pengerusi bersama Manchester United, Joel Glazer menentang penjualan ini walaupun Ronaldo sendiri mahu pergi.

Pada tahun 2018, Glazer telah campur tangan dengan mengambil tindakan sama apabila menyekat segala usaha perpindahan Anthony Martial, dan ketika itu ejen Martial secara terbuka menyatakan pemain itu mahu pergi.

Kali terakhir Glazer menghadiri perlawanan Manchester United adalah pada April 2019 ketika menentang Barcelon di suku akhir Champions League namun dia masih lagi menjalankan tugas dan berhubung dengan Ketua Eksekutif, Richard Arnold setiap hari.

Ronaldo segera mahu dilepaskan bukan kerana kekalahan 4-0 kepada Brenford tetapi disebabkan bertikam lidah dengan penolong pengurus Manchester United, Steve McClaren.

Samuel Luckhurst dari Manchester Evening News mendakwa McClaren meminta Ronaldo pergi kepada penyokong di tempat lawan untuk menunjukkan rasa hormatnya.

Manchester United dibelasah oleh Brentford di stadium Komuniti Brentford. Dengan beberapa pemain pergi ke seksyen penyokong untuk memohon maaf atas persembahan itu.

Ronaldo kelihatan berang dan mahu terus masuk ke bilik persalinan tanpa berinteraksi dengan sesiapa pun. Maguire ada di belakang Ronaldo dan menunjukkan interaksinya dari jarak selamat.

Dalam rakaman yang disiarkan ke media sosial oleh James Robson, pemenang Ballon d’Or lima kali itu boleh dilihat bertikam lidah dengan seseorang sebelum menuju ke tepi padang.

Ronaldo kemudian melewati pengurus Erik ten Hag tanpa berjabat tangan dengannya dan sikap inilah dikatakan menjadi punca Erik Ten Hag mahu melepaskan Ronaldo.

BACA:  Ronaldo Dituduh Tidak Mahu Berlatih Bersama Pemain Simpanan