Manchester United, Solskjaer Sudah Penat Dengan Perangai Pogba

Share on facebook
Share on twitter

Manchester United dilaporkan sudah semakin penat dengan Paul Pogba dan ejennya, Mino Raiola, lapor Metro UK.

Minggu ini Raiola mencetus situasi tengang apabila berkata dia tidak akan menghantar pemain ke United lagi selepas ini, dan Paul Pogba perlu mencari kelab lain.

Daily Mail melaporkan, Paul Pogba dikatakan meminta sedikit masa lagi daripada Ole untuk pulih daripada kecederaan sebelum perlawanan menentang Burnley tempoh hari, selepas kembali daripada kecederaan selama tiga bulan.

Raiola sedang berusaha membawa Pogba keluar dari Manchester.

Pogba tidak diturunkan dalam perlawanan tesebut, tetapi dilihat menghadirkan diri dalam satu majlis amal di Perancis.

Solskjaer mengelak apabila ditanya mengenai perkara tersebut tetapi dia kelihatan sudah muak dan penat dengan perangai pemain tengah Perancis tersebut.

Sebelum ini, Pogba juga dilaporkan cedera dan tidak dapat beraksi bersama United, namun dia dilihat sedang bergembira di majlis perkahwinan abangnya tanpa sebarang kecederaan.

United bakal memulakan tahun baru 2020 dengan menentang Arsenal tetapi Pogba tidak dilihat bersama rakan sepasukan dalam perjalanan ke London pada hari Selasa.

Mungkin dia sedang berkira-kira untuk bertemu wakil Real Madrid atau Juventus bagi perpindahan musim sejuk ini?

Share on facebook
Share on twitter
 

Baca Juga

Baca Juga