Manchester United Tamatkan Musim Dengan Kegagalan Yang Gemilang

Pasukan Premier League paling kelakar musim ini, Manchester United menamatkan musim 2021/22 dengan kegagalan yang penuh gemilang apabila terus mencatatkan kekalahan walaupun pada hari terakhir liga.

Crystal Palace memberikan Manchester United kekalahan terakhir yang merupakan kekalahan yang ke-12 musim ini selepas mencatatkan prestasi buruk sejak bulan April.

Dalam 9 perlawanan terakhir Manchester United hanya mencatatkan 2 kemenangan dari 9 perlawanan dengan 5 kekalahan dan 2 seri yang terus memadamkan impian Champions League mereka.

Musim lalu, Manchester United merupakan pasukan naib juara dibelakang Manchester City dengan meraih 74 mata dari 21 kemenangan, 11 seri dan 6 tewas. 57 gol 57 bolos.

Musim ini Manchester United menamatkan liga di tangga ke-6 dengan mengumpul 58 mata dari 16 kemenangan, 10 seri dan 12 tewas. 73 gol 44 bolos.

Kemerosotan yang amat parah dan teruk dipamerkan selepas melakukan penambahan pemain bintang di dalam pasukan seperti Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho.

Penambahbaikan yang diperlukan oleh Manchester United di awal musim ini adalah seorang pemain tengah bertahan namun pemain posisi lain pula dibawa masuk.

Di awal musim juga, Manchester United dilihat sebagai pencabar apabila memegang gelaran naib juara dan dijangka memberi saingan sehingga penghujung musim.

Manchester United juga diramal tidak berdepan masalah untuk menamatkan musim sekurang-kurang dikedudukan slot empat teratas.

Namun sebaliknya terjadi apabila hampir saja beraksi di liga persidangan pada musim hadapan namun terselamat dan menjadi pasukan pelengkap jadi serta badut yang menghiburkan di liga.

Perlawanan terakhir Manchester United menentang Crystal Palace sepatutnya berakhir dengan kemenangan bagi memberi sedikit keceriaan kepada peminat dan mara ke Europa League dengan penuh bergaya.

Pengurus baharu Manchester United untuk musim hadapan, Erik Ten Hag yang tidak bercuti bagi membina semula pasukan hadir menyaksikan perlawanan.

Ralf Rangnick menurunkan Edison Cavani untuk perlawanan terakhir bersama kelab dan memberi peluang kepada Hannibal Mejbri bermula dari kesebelasan utama.

Manchester United hanya mampu menguasai perlawanan dengan lebih 60 peratus tetapi kurang menghasilkan sebarang ancaman dengan hanya satu percubaan tepat di separuh masa pertama.

Crystal Palace meraih gol kemenangan melalui jaringan tunggal Wilfred Zaha yang merupakan pemain yang digilap Setan Merah pada minit ke-37.

Babak kedua Manchester United tampak sedikit garang namun tidak berbisa untuk memadamkan gol Wilfred Zaha dengan permainan longlai.

Pemain Manchester United beraksi seperti langsung tidak kisahkan slot Europa League mereka musim hadapan dan bernasib baik dengan kekalahan West Ham United kepada Brighton.

Musim yang buruk Manchester United menyaksikan pengurus kesayangan dunia bola sepak, Ole Gunnar Solskjaer telah dipecat selepas beberapa kali diberikan peluang.

Michael Carrick sempat mengendalikan beberapa perlawanan sebelum meletakkan jawatan sementara menanti kehadiran Ralf Rangnick yang dalam proses mendapatkan permit kerja.

Dengan status bapa bola sepak Jerman, Ralf Rangnick gagal untuk sekurang-kurangnya membawa Manchester United ke Champions League selepas menjadi lubuk mata pasukan lain.

Namun Ralf Rangnick menjalankan tugasnya selaku perunding dengan begitu kemas sekali apabila melakukan forensik audit dengan mendedahkan kepincangan di dalam pasukan.

Ralf Rangnick tanpa berselindung melabel pemainnya sebagai angkuh dan mengesahkan 6 pemain dan mungkin 10 pemain akan digugurkan.

Melihat pemainnya gagal bermain gegenpressing, Rangnick telah melakukan pressing ke pasukan sendiri dengan melondehkan segala kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki dan diubati.

CRYSTAL PALACE (4-3-3): Guaita 6; Clyne 7, Andersen 6, Ward 7.5, Mitchell 7; Gallagher 7, Hughes 7 (McArthur 83), Schlupp 6.5; Rak-Sakyi 6.5 (Kouyate 67, 6), Zaha 8, Edouard 5 (Eze 78).

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): De Gea 6; Dalot 6.5 (Garnacho 79), Lindelof 6, Maguire 6, Telles 6; McTominay 6, Fred 6 (Shoretire 75, 6); Elanga 5.5, Fernandes 4, Mejbri 6 (Mata 62, 6); Cavani 5.

Referee: Martin Atkinson 7

BACA:Β  Teknik Penyamaran Jersi Kuda Belang Manchester United Makan Diri?