Manchester United Tekad Mahukan Harry Kane, Levy Letak Harga £85 Juta

Manchester United kini sudah bersedia dan bertekad untuk mendapatkan Harry Kane pada jendela perpindahan musim panas ini bagi melengkapkan pasukan pemain nombor 9 yang tulen dan terbukti.

Penyerang kini menjadi keutamaan Manchester United bagi terus memperkasakan pasukan dan Harry Kane yang sudah lama didambakan adalah pilihan yang tepat untuk menyelesaikan masalah itu.

Ketika ini semua posisi Manchester United boleh dikatakan sudah seimbang namun dengan perpisahan dengan Cristiano Ronaldo meninggalkan Anthony Martial yang lebih baik tidak dijadikan sandaran berbentuk harapan.

Dalam pelan pengambilan pemain baru musim panas ini Erik Ten Hag telah meletakkan Harry Kane sebagai salah seorang pemain yang berada dalam senarai pilihan hati.

Selepas sunyi dari dikaitkan dengan perpindahan di beberapa jendela perpindahan lalu, nama Harry Kane pasti akan berlegar-legar sekali lagi apatah lagi apabila dikaitkan dengan Manchester United.

Sportsmail telah melaporkan Manchester United kini sudah mengorak langkah dengan memperhalusi butiran terperinci untuk dilampirkan sebagai satu pilihan perpindahan berpotensi untuk Harry Kane di akhir musim.

Sumber itu juga telah mendakwa bahawa Harry Kane sudah terbuka untuk menyertai Manchester United, sebelum ini Harry Kane pernah dikaitkan dengan Manchester City namun tidak berhasil dan Jack Grealish menjadi pengganti.

Dengan kehadiran Erling Haaland dan Julian Alvarez yang lebih muda pada harga yang lebih berbaloi dan tidak kurang hebatnya pasti Pep Guardiola tidak berminat lagi untuk mendapatkan Harry Kane.

Hujung musim ini menyaksikan Harry Kane akan memasuki tempoh 12 bulan terakhir dalam kontrak semasa dan pastinya Tottenham Hotspur mahu melanjutkan kontrak Kane namun pastinya tidak menjadi kenyataan di mana Kane tidak mungkin akan termakan kata-kata Daniel Levy sekali lagi.

Jika tiada kontrak lanjutan yang ditandatangan oleh Harry Kane maka tiada pilihan lain lagi buat Daniel Levy yang terpaksa memepertimbangkan tawaran yang datang untuk membeli asetnya itu dan jika tidak dijual pasti akan dilepaskan secara percuma.

Tottenham Hotspur dilaporkan sudah sedia untuk kehilangan pemain paling bernilai mereka itu apabila telah meletakkan harga minimum bermula pada £85 juga dan akan meningkat jika menjadi rebutan ramai.

Harga Kane mungkin akan menjadi tidak masuk akal jika mana-mana pasukan Premier League yang lain turut berminat kerana Daniel Levy sebolehnya enggan melepaskan Kane kepada pasukan domestik.

Selain Manchester United, Bayern Munich dan Real Madrid juga dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan Harry Kane dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Dan jika Kane mahu mendakap piala terus, Bayern Munich pasti dapat menjanjikan piala di musim pertama.

Pada musim panas yang lalu, Bayern Munich yang kehilangan Robert Lewandowski menaruh minat yang serius kepada Kane dan sudah mula merisik yang akhirnya memutuskan untuk menarik diri kerana tidak mampu menanggung kos hantaran yang terlalu tinggi.

Harry Kane mahu terus beraksi di England keran mempunyai misi peribadi yang mahu memecahkan rekod jaringan Premier League kepunyaan Alan Shearer, ketika ini Kane sudah menjaringkan 198 gol di liga 62 gol dibelakang rekod sepanjang zaman.

Manchester United sedak jika berjaya mendapatkan Kane mereka akan mendapat penyerang yang terbukti dan umurnya bakal mencecah 30 tahun pada 28 Julai pasti akan merendahkan sedikit harganya.

Disamping pemain muda berpotensi, United mahu mengimbangi pasukan dengan pemain yang terbukti seperti mana Casemiro dibeli pada harga £70 juta dengan kontrak 5 tahun beserta gaji £350,000 seminggu.

Pemain muda berpontensi boleh didapatkan dengan harga setara atau lebih murah namun risikonya ada di mana mereka jarang dapat memberikan impak secara konsisten dan memerlukan masa.

Buat masa sekarang Wout Weghorst menjadi sandaran melalui pinjaman tanpa klausa pembelian tetap diletakkan Burnley dan tiada masalah untuk United mendapatkan penyerang baru.

Jika Weghorst memberi impak dan boleh didapati pada harga yang rendah dan boleh menjadi pemain sandaran kepada Harry Kane.

BACA:  Mourinho: Pengadil Sepatutnya Berikan Kami Penalti