Manchester United Telah Belanjakan RM4.9 Bilion Sejak Kali Terkakhir Menang Premier League

Manchester United merupakan kelab yang paling aktif membeli pemain pada jendela perpindahan musim panas ini bagi membina dan memperkasakan kembali pasukan segah nama gelarannya agar tidak menjadi Si Setan Merah yang kelakar.

Ada saja pemain yang dikaitkan dengan Manchester United dan ada yang dikaitkan sekadar mahu menaikkan harga pemain itu sebelum dijual ke kelab lain. Begitu mudah Setan Merah diperguna maka tidak hairan kenapa mereka bermain di Europa League.

Rasanya tiada alasan lagi untuk Ole Gunnar Solskjaer membawa Manchester United ke Champions League musim hadapan selepas sakan berbelanja bagi mendapatkan pemain yang dihajati.

Terkini, Leicester City dilaporkan telah menerima bidaan Machester United untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah England, Harry Maguire dengan harga pecah kepala iaitu £85 juta je.

Jika perpindahan ini terjadi secara rasminya, Maguire akan menjadi pemain pemain pertahanan yang paling mahal dalam sejarah bola sepak. Ketika ini pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk memegang rekod itu.

Manchester United boleh mendapatkan Maguire dengan harga £50 juta sahaja musim lalu selepas Jose Mourinho sangat berkehendakkan pemain ini namum perpindahan itu gagal kerana Setan Merah tidak sanggup membayar harga tersebut.

Bulan lalu, Leicester City pada awalnya bersetuju untuk menjual Maguire pada harga £80 juta namun Manchester United menolaknya dan menjelang tarikh tutup perpindahan Setan Merah kembali bernafsu dan sanggup membayar lebih. Dasar Setan suka membazir, bijak bukan?

Sejak pemergian Sir Alex Ferguson pada 2013, Setan Merah gagal ke Champions League sebanyak empat kali dan sejak itu mereka telah berelanja besar namun tidak juga kuat.

Sejak kali terakhir Manchester United menjadi juara Premier League, Setan Merah telah berbelanja sebanyak £968 juta bersamaan RM4.9 bilion bagi membeli pemain, nilai ini sudah dimasukkan dengan harga Maguire.

Kali terakhir Machester United menjulang Champions League adalah pada tahun 2008 dan jika dikira dari situ Setan Merah telah berbelanja sebanyak £1.18 bilion bersamaan RM5.96 bilion je.

Daripada senarai 10 pemain termahal pernah dibeli oleh hanya seorang pemain dari era Sir Alex Ferguson berada dalam senarai iaitu Dimitar Berbatov dan itupun berada ditangga ke-10.

Berbatov yang dibeli daripada Tottenham Hotspur dengan harga £30.75 juta akan terkeluar daripada senarai 10 pemain termahal United jika perpindahan Maguire menjadi kenyataan.

Senarai 10 pemain termahal Manchester United

1. Paul Pogba (£89.3 juta – August 2016)

2. Romelu Lukaku (£75 juta – July 2017)

3. Ángel Di María (£59.7 juta – August 2014)

4. Aaron Wan-Bissaka (£50 juta – June 2019)

5. Fred (£47 juta – June 2018)

6. Nemanja Matić (£40 juta – July 2017)

7. Juan Mata (£37.1 juta – January 2014)

8. Anthony Martial (£36 juta – September 2015)

9. Victor Lindelöf (£31 juta – June 2017)

10. Dimitar Berbatov (£30.75 juta – September 2008)

Sepanjang 27 tahun rejim pemerintahan Alex Ferguson di Manchester United yang memenangi pelbagai gelaran dan kejuaraan, Fergie hanya membelanjakan £721.6 juta sahaja. Baru 6 tahun je Ferguson pergi.

Baca Juga

Baca Juga