Manchester United Terpaksa Keluarkan Wang Jika Martial Jaringkan Gol Lagi

Penyerang United, Anthony Martial pada musim ini boleh diibaratkan sebagai roller coaster, sekejap naik sekejap turun. Sekejap cerita positif, sekejap cerita negatif. Dalam perlawanan menentang Watford, Martial telah menjaringkan gol kedua United, hasil tolakan yang tenang ke tepi tiang gol Watford.

Gol tersebut menjadikan Martial telah menjaringkan 24 gol buat United sejak tiba di Old Trafford awal musim lalu pada harga £42 juta, dari kelab Perancis, AS Monaco.

Ketika di Monaco, Martial kelihatan seperti Raja Pikor.

Ketika rundingan untuk membeli Martial ini, ternyata Monaco ni dikendalikan oleh orang yang cerdik. Selain harga £48 juta, ada beberapa lagi kos tambahan yang perlu dibayar United, seiring dengan prestasi Martial.

United perlu membayar tambahan £8.5 juta sekiranya :

1- Jika Martial berjaya jaringkan 25 gol untuk Syaitan Merah – sekarang 24 gol.

2- Jika Martial bermain 25 perlawanan buat Perancis – sekarang 15 perlawanan.

3- Dicalonkan untuk Ballon D’Or semasa dalam kontrak bersama United – nampak gaya macam tak akan je

4- Menyertai Kedah

Antara keempat-empat syarat di atas, syarat jaringan tu hampir pasti berlaku dalam waktu yang terdekat ni. Perlawanan berikutnya buat pasukan dari Manchester itu ialah bertemu St. Etienne dalam Liga Europa, dan kalau di atas kertas nampak macam senang untuk Martial jaringkan gol.

Tapi tu lah, kalau tengok prestasi semasa Martial ni macam tak berbaloi Namchester United nak bayar. Kalau dah tiada jalan lain, jual je ke kelab China – Evegrande ke, Heibei Fortune ke atau Shanghai Shinhua ke, dapat la jugak £250juta kan?

Star Trek Drinking GIF by HULU - Find & Share on GIPHY

Baca Juga

Baca Juga