Manchester United Terus Cemerlang di Tahun 2023A

Tahun 2023A merupakan permulaan gemilang buat Manchester United apabila tidak lagi tewas dalam semua kejohanan mereka lalui selepas permulaan musim yang agak buruk dengan prestasi turun naik dan kebanyakkannya turun.

Memasuki bulan Februari Manchester United mencatatkan 3 kemenangan dan satu seri dalam empat perlawann dan Rasmus Hojlund yang dilabel Haaland Copy Ori mula meledak dalam kesemua perlawanan tahun ini.

Kobe Mainoo yang dilabel pemain yang sudah matang diusia muda telah menjaringkan gol kemenangan penuh dramatik ketika kemenangan 4-3 ke atas Wolverhampton Wanderers.

Bertemu West Ham United yang berada satu tangga di bawah dalam carta Premier League sudah pasti rentak kemenangan mahu diteruskan bagi menjarakkan kedudukan ditempat keenam dengan lebih selesa.

Rasmus Hojlund membuka tirai jaringan dengan rembatan padu pada minit ke-23 selepas jolokan Casemiro yang hampir kehilangan bola berjaya menemui penyerang itu. Gol hadiah hari jadi sendiri.

Permainan penuh bersemangat terus ditampilkan anak buah Erik Ten Hag hingga tamat separuh masa pertama di mana Marcus Rashford masih lagi mabuk.

Empat minit bersambung permainan, dari lambungan merentasi padang Bruno Fernandes, Alejandro Garnacho menggandakan kedudukan dengan rembatan kaki kiri yang tertampan pertahanan West Ham dan mengeliru Fabianski yang masuk menggantikan Areola.

Rashford masih lagi mabuk, Scot Mctominay yang masuk menggantikan Mainoo melorongkan cantik bola kepad Garnacho untuk gol kedua peribadi dan gol ketiga perlawanan.

Manchester United: Onana, Dalot, Maguire, Martínez, Shaw, Mainoo, Casemiro, Fernandes, Garnacho, Rashford, Højlund

Simpanan: Bayindir, Varane, Lindelöf, Amrabat, McTominay, Eriksen, Amad, Antony, Forson

West Ham: Areola, Johnson, Coufal, Aguerd, Zouma, Emerson, Ward-Prowse, Álvarez, Soucek, Kudus, Bowen

Simpanan: Fabianski, Cresswell, Ogbonna, Mavrapanos, Phillips, Scarles, Cornet, Ings Mubama

Baca Juga

Baca Juga