Manchester United Teruskan Rentak Dengan 7 Kemenangan Berturut-Turut

Manchester United meneruskan rentak cemerlang mereka apabila mencatatkan 7 kemenangan secara berturut-turut dalam semua kejohanan dan Marcus Rashford juga terus gemilang.

Pasukan bimbingan Erik Ten Hag mudah membenam cabaran anak buah Frank Lampard yang hilang punca dengan jaringan 3-1 untuk mara ke pusingan 32 terakhir.

Antony membuka tirai jaringan seawal mini keempat lagi selepas menyambar dengan menggelunsurkan badam untuk menolak masuk hantaran Marcus Rashford ke gawang terbuka.

Tidak lama selepas itu, Anthony Martial pula cuba menggandakan kedudukan dengan satu rembatan jarak jauh yang pergi ke tepi tiang sebelah luar.

Hanya 10 minit Manchester United sempat mendahului apabila Conor Coady kembali menyamakan kedudukan dari satu jaringan yang agak aneh dan tidak sepatutnya terhasil.

Hantaran silang penuh terdesak Neal Maupay ketika bola hampir keluar sepatutnya mudah ditangkap David De Gea namun memilih untuk menggunakan kaki.

Tangan De Ge sibuk memegang tiang dan bola pula melalui celahan kaki dan telurnya lalu Connor Cody pantas menyambar peluang yang terhidang.

Gandingan Marcus Rashford dan Anthony Martial agak menjadi dan Antony berpeluang untuk menggandakan kedudukan namun gagal disudahka, begitu juga percubaan cantik Cristian Eriksen yang tersasar.

Dengan kedudukan kembali seimbang permainan pun turut menjadi seimbang dari segi penguasaan bola namun diseparuh masa pertama Manchester United melakukan 10 percubaan dengan tiga percubaan tepat.

Everton walaupun melakukan tiga percubaan sahaja tetapi dua daripadanya adalah percubaan tepat dan bersambung permainan selepas rehat, Manchester United terus mengasak.

Pada minit ke-52, Marcus Rashford melakukan larian solo dari kini dan memotong masuk ke dalam tanpa memberi signal berjaya memperdayakan Seamus Coleman.

Rashford telah menghantara satu bola rendah dan deras ke tengah dan Connor Cody telah membalas jasa baik David De Gea dengan menahan bola ke gawang sendiri.

Penyokong United, mengharapkan pasukan mereka menyelesaikan tugas dengan selesa, melaungkan ‘Anda akan dipecat pada waktu pagi’ kepada Frank Lampard – tetapi Everton belum mengalah.

Cubaan Doucoure masuk ke dalam kotak telah dihentikan oleh Raphael Varane tetapi bola digolek ke Coleman, yang memaksa De Gea untuk menepis hantaran silang berbahaya sebelum percubaan Vitalii Mykalenko disekat.

Everton menyangka mereka telah menyamakan kedudukan pada minit ke-73 apabila pemain gantian Dominic Calvert-Lewin menyempurnakan hantaran lintang Gray dari jarak dekat dengan dada, tetapi VAR campur tangan untuk memutuskan ia ofsaid terlebih awal ketika gerakan itu dibuat.

Gol ketiga Manchester United datang pada masa tambahan ketika pemain gantian Garnacho berlumba ke arah gawang, menerima kekasaran daripada Godfrey dan membenarkan Rashford mengekalkan rentak jaringannya.

Jaringan ini telah menjadikan Marcus Rashford pemain pertama Manchester United menjaringkan gol dalam 7 penampilan berturut-turut di home merentasi semua pertandingan sejak Wayne Rooney melakukannya antara Februari dan April 2012.

Roy Keane telah mengkritik aksi dan kualiti yang dipamerkan oleh Everton yang disifatkan sangat buruk dan tidak memenuhi piawaian liga teratas.

“Mereka mempunyai ramai pemain yang terlalu teruk, Aku tak pasti mereka ini mencapai standard Premiership atau tidak.”

Kesebelasan utama Man Utd : De Gea; Dalot, Varane, Shaw, Malacia; Casemiro, Eriksen; Antony, Fernandes, Rashford; Martial.
Pemain Simpanan : Heaton, Lindelof, Maguire, Martinez, Wan-Bissaka, Fred, McTominay, Elanga, Garnacho.

Kesebelasan utama Everton : Pickford; Coleman, Godfrey, Coady, Tarkowski, Mykolenko; Iwobi, Gueye, Onana; Maupay, Gray.
Pemain Simpanan: Begovic, Holgate, McNeil, Calvert-Lewin, Gordon, Mina, Doucoure, Davies, Simms.

Pengadil Perlawanan: Darren England.

BACA:  Antony; Lahir Dari Neraka, Ajaib Di Ajax Dan Kontroversi Di Manchester United