Manchester United Tidak Tewas Tetapi Kemenangan Ditangguhkan

Seorang penyokong tegar Manchester United yang lahir di Malaysia telah menyangkal dakwaan penganalisis bola sepak di laman muka buku dan media sosial yang lain bahawa kononnya Manchester United tidak lagi relevan.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas tewasnya Manchester United yang hebat hanya di mulut peminat, di kaki pasukan RB Leipzig sekaligusnya membuatkan Manchester United terkandas di peringkat kumpulan.

Terkandas diperingkat kumpulan Champions League dan berada di kedudukan ketiga membolehkan Setan Merah meneruskan kempen Eropah mereka di Europa League.

Ini membawa arti kepada Manchester United tidak tewas tetapi kemenangan ditangguhkan dan hanya perlu melalui satu lencongan sebelum kembali ke Champions League musim depan selaku juara Europa.

Lelaki yang namanya terpaksa dirahsiakan kerana menggunakan akaun palsu menegaskan Manchester United penentu kepada kemenangan pasukan bertanding di Champions League yang berlangsung di peringkat kumpulan.

“Salam min. Tolong hide profile aku.” Sedap ayat pemula kepada sebuah alasan.

Menurutnya, harga Manchester United menjadi mahal apabila pasukan yang menang perlawanan tetapi tidak bermain dengan cantik dan menarik akan bergantung kepada Manchester United yang menjadi penanda aras bola sepak dunia.

Justeru, tegasnya Manchester United bertanding di Champions League adalah untuk menang dan menjadi juara. Luahan ini dilontakan dengan ayat berbunga dan agak sukar difaham.

“Masa depan bola sepak dunia macam-macam boleh berlaku dan untuk ‘survival’ Manchester United dan survival rakyat di Manchester United ini. Manchester United memang pasukan yang ‘power full’ dan penentu kepada bola sepak ini untuk Manchester United dan agenda rakyat.

“Manchester United tetap hendak jadi juara. Manchester United bertanding bukan untuk kalah, Manchester United bertanding untuk menang. Tapi, Manchester United tidak mahu Manchester United bertanding dan menang tetapi tidak boleh melaksanakan amanah dengan bermain dengan cantik.

“Jadi, daripada Manchester United menang dengan tidak bermain dengan cantik, lambung sana lambung sini lari bak babi berkejaran maka lebih baik Manchester United ditangguhkan kemenangan tetapi Manchester United diterima oleh peminat.”

Hadir sama meluahkan perasaan Pesuruhjaya Manchester United Timur, Edison Haziq Cavani, Timbalan Pesuruhjaya Manchester United Selatan, Dr Mason Hafizul Greenwood dan Marcus Nazmi Rashford.

“Kemenangan yg ditangguhkan…” Ujarnya lagi.

“Usah bersedih..kemenangan itu pasti cuma masanya belum tiba.teruskan berjuang!!!”

Pesan beliau lagi bagi menyedapkan hati beliau :

“Kalau Manchester United kalah , Manchester United kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.”

“Memang adat perjuangan ada kalah ada menang. Jika bermain tidak cantik ingatlah Manchester United ada lagi Europa League.”

“Jangan lupa ada pasukan yang lebih berkuasa dan hebat. Manchester United tidak kalah..cuma belum menang “

Kemenangan mereka hanya ditangguhkan, mereka yakin Manchester United akan menjadi juara Europa League dan merangkul Super Cup untuk menjadi pasukan ulung di Eropah.

Kemudian kembali ke Champions League musim hadapan dan menjadi juara. Itulah makna disebalik kemenangan ditangguhkan, Manchester United perlu melalui sedikit lencongan.

Bagitulah satu penafian kepada sebuah hakikat yang sukar diterima akal. Kalah tu kalah la mana ada tangguh-tangguh.

BACA:  10 Pemain Tengah Terbaik EPL