Manchester United Umum Harry Maguire Sebagai Suri Hati Yang Baru

Setelah desas-desus dan berita tidak rasmi tersebar, akhirnya Manchester United mengumumkan bahawa Harry Maguire telah diikat secara sah daripada Leicester City.

Berita ini diumumkan oleh Manchester United melalui laman sesawang rasmi mereka dengan kontrak selama 6 tahu dengan pilihan boleh dipanjangkan kontrak untuk tahun mendatang.

Pemain kebangsaan England itu telah menyertai Leicester pada 2017 dan telah membuat 76 penampilan dan menjaringkan 5 gol.

Manchester United merupakan kelab yang paling aktif membeli pemain pada jendela perpindahan musim panas ini bagi membina dan memperkasakan kembali pasukan segah nama gelarannya agar tidak menjadi Si Setan Merah yang kelakar.

Ada saja pemain yang dikaitkan dengan Manchester United dan ada yang dikaitkan sekadar mahu menaikkan harga pemain itu sebelum dijual ke kelab lain. Begitu mudah Setan Merah diperguna maka tidak hairan kenapa mereka bermain di Europa League.

Rasanya tiada alasan lagi untuk Ole Gunnar Solskjaer membawa Manchester United ke Champions League musim hadapan selepas sakan berbelanja bagi mendapatkan pemain yang dihajati.

Manchester United boleh mendapatkan Maguire dengan harga £50 juta sahaja musim lalu selepas Jose Mourinho sangat berkehendakkan pemain ini namum perpindahan itu gagal kerana Setan Merah tidak sanggup membayar harga tersebut.

Baca Juga

Baca Juga