Manchester United Umum Pendapatan Tertinggi Bagi Tahun 2018

Manchester United baru sahaja mengumumkan perolehan tahunan paling tinggi pernah dicatatkan kelab tersebut berjumlah £590 juta ($776 juta) dengan Naib Pengerusi Eksekutif kelab, Ed Woordward berkata angka tersebut menjadi bukti usaha berterusan Manchester United untuk menjadi yang terbaik di dalam dan luar padang.

Manchester United berjaya mencatatkan jumlah perolehan tertinggi kerana mereka menerima duit televisyen yang agak tinggi dari Liga Perdana Inggeris musim lepas selepas menamatkan musim di kedudukan ke-2.

Keputusan kewangan luar biasa United bagi tahun 2018 terjadi kerana duit Liga Perdana Inggeris yang semakin meningkat saban tahun

Dalam kenyataan kewangan yang berakhir pada 30 June 2018, peningkatan perolehan yang dicatatkan Manchester United pada tahun ini berlaku berikutan prestasi baik anak buah Jose Mourinho dalam liga musim lepas yang berjaya menduduki tangga ke-2 berbanding pada musim yang sebelumnya dimana United sekadar menduduki tangga ke-6.

Terdapat juga sedikit peningkatan dari segi pendapatan hak komersial yang meningkat menjadi £276.1 juta. Peningkatan tersebut berlaku berikutan kejayaan Manchester United memeterai perjanjian dengan sponsor baru seperti Kohler, Chivas, dan MoPlay.

Namun begitu, dari segi kutipan tiket perlawanan, berlaku sedikit penurunan pada tahun ini kerana Manchester United kurang bermain di tempat sendir dalam saingan Eropah. Berbeza dengan musim 2016/2017 dimana mereka mara sehingga perlawanan akhir Europa League, United tersingkir seawal pusingan 16 pasukan terakhir dalam Liga Juara-Juara Eropah di tangan Sevilla musim lepas.

Walaupun berduit, Ed Woodward masih gagal mendapatkan pemain yang diminta Jose Mourinho pada jendela perpindahan musim panas lalu

Dalam sidang media mengenai pengumuman keputusan kewangan tersebut, Ed Woodward berkata semua pihak di kelab ini akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa trofi ke Old Trafford.

“Semua pihak di kelab ini berusaha keras tanpa jemu untuk menambah jumlah trofi Manchester United yang kini pada angka 66 dan Jose Mourinho 25. Itu yang peminat setia kami dan sejarah kelab ini mau lihat.”

“Kami juga komited dalam meneruskan filosofi kelab ini iaitu menggunakan produk akademi kelab bersama pemain bertaraf dunia. Kami juga berasa bangga apabila kami berjaya memberikan minit perlawanan paling banyak kepada produk akademi kelab ini berbanding kelab Liga Perdana Inggeris yang lain.”

Kohler, syarikat yang membuat peralatan plumbing yang berpengakalan di Amerika Syarikat.

Manchester United menandatangani 7 perjanjian penajaan sepanjang 12 bulan yang lalu yang mana salah satunya adalah bersama Kohler. Buat pertama kali dalam sejarah, jenama Kohler kini tertera pada lengan kiri jersi Red Devils.

BACA:  Wijnaldum Merendah Diri, Dakwa Liverpool Bukan 'Invincible'