Mancini Banding Permainan Wales Macam Stoke City Dan Bale Bagi Jawapan Padu

Pengurus Itali, Roberto Mancini telah membanding permainan Wales seperti Stoke City yang kini beraksi di Liga Kejuaraan dan kempen Itali peringkat kumpulan di Euro 2020 telah berakhir.

The Azurri berjaya menewaskan Wales yang beraksi 10 pemain dengan jaringan 1-0 dan mengekalkan rekod 100 peratus tanpa kalah dan bolos diperingkat kumpulan.

Itali terus melebarkan rekod 30 perlawanan berturut-turut tanpa kalah menyamai rekod yang pernah dilakukan oleh Itali sebelum ini dan mencatatkan kemenangan ke-11 berturut-turut.

Ketua jurulatih Itali itu yang pernah menjadi pengurus Manchester City di Premier League dan memegang gelaran juara pada musim 2011-12 sudah pasti masih teringat dengan Stoke City.

Stoke City sangat terkenal dengan permainan fizikal yang keras serta permainan bertahan yang gila-gila bak hang. Ttulah reputasi yang gah dimiliki Stoke City.

Sebelum perlawanan berlangsung dengan nada memuji, Mancini menyifatkan Wales sebuah pasukan yang sukar untuk ditentang seperti Stoke City.

“Stoke mempunyai gaya permainan yang sangat sukar, mereka seperti kacang yang sangat sukar untuk dipecahkan.”

“Ini akan menjadi perlawanan yang sangat sukar dari perspektif fizikal kerana mereka adalah pasukan yang kuat seperti Stoke, tetapi mereka juga sangat teknikal.”

“Wales mempunyai pemain seperti (Joe) Allen, (Gareth) Bale dan (Daniel) James. Mereka mempunyai beberapa orang pemain yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.”

Apa yang diperkatakan oleh Mancini telah menjadi kenyataan selepas mereka mendahului Wales pada separuh masa pertama melalui Matteo Pessina.

Pada minit ke-55 dengan permainan berbaki 35 minit, Wales bermain 10 orang selepas Ethan Ampadu dilayangkan kad merah dan Wales yang mahukan sekurang-kurangnya seri berdepan situasi sukar.

Ethan Ampadu terus dilayangkan kad merah selepas melakukan satu terjahan berbahaya yang merupakan satu stamping ke atas Federico Bernardeschi betul-betul dihadapan pengadil.

Pilihan yang ada pada Wales adalah tidak tewas lebih satu gol jika mahu mengiringi Itali ke pusingan 16 terbaik dan itulah keputusan yang diperolehi oleh Wales.

Selepas kad merah itu, Itali menguasai 75 peratus perlawanan dengan 13 percubaan dilakukan namun gol tambahan tidak kunjung tiba.

Itali muncul juara kumpulan A dengan 9 mata selepas mencatatkan tiga kemenangan tanpa bolos dan kemenangan mutlak.

Wales dan Switzerland menamatkan saingan kumpulan A dengan jumlah mata yang sama namun layak selepas mereka seri dengan Switzerland peraturan head to head tidak boleh diguna pakai dan perbezaan gol menjadi penentu dan memihak kepada Wales.

Wales (3 gol, 2 bolos) mengiringi Itali dengan perbezaan +1 gol dan Switzerland (4 gol, 5 bolos) -1 gol. Namun Switzerland masih lagi berpeluang untuk mara sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik.

Turki yang menamatkan saingan kumpulan A tanpa sebarang mata selepas mencatatkan tiga kekalahan.

Gareth Bale ketika ditanya apakah pendapat beliau selepas Roberto Mancini menyamakan pasukan Wales dengan Stoke City yang keras dan sangat fizikal.

Inilah jawapan Gareth Bale yang ringkas lagi padu:

“Tak pernah pulak aku tahu, Stoke City begitu bagus.”

Itali akan bertemu naib juara kumpulan C diantara Ukraine atau juga Austria. Wales akan berpeluang cerah bertemu Rusia di pusingan 16 terbaik melainkan Finland berjaya menewaskan Belgium.

Peluang Wales selaku semi finalis EURO 2016 untuk mara lebih jauh agak cerah atau sekurang-kurangnya ke suku akhir.

Itali 1-0 Wales

Itali turun untuk perlawanan terakhir kumpulan A sebagai perlawanan pelengkap jadual dan untuk penentuan juara kumpulan menentang Wales yang diatas kertas ternyata bukan lawan Itali.

Roberto Mancini melakukan sesuatu yang jarang dilakukan di kejohanan besar dengan menukar lapan pemain utama dan menggunakan pasukan kedua mereka.

Hanya penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, pemain pertahanan, Toloi Bonucci dan pemain tengah Chelsea diturunkan dari skuad dua perlawanan pertama.

Emerson terlebih dahulu mencuba pada minit ke-14 dengan satu rembatan jarak jauh yang tepat kepada penjaga gol Wales, Danny Ward yang selesa merigat bola.

Pada minit ke-24 lorongan Federico Bernardeschi cantik kepada Belotti namun percubaannya sedikit tersasar.

Lima minit kemudian Federico Chiesa pula merembat dari sudut dan posisi yang sama seperti Belotti namun bola terkena pemain Wales dan keluar.

Matteo Pessina akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-39 selepas menyempurnakan hantaran daripada sepakan percuma Marco Veratti.

Matteo Pessina menjaringkan gol pertama peribadi untuk Itali dalam dua perlawanan kompetitif.

Pada separuh masa kedua selepas 10 minit permainan bersambung Wales terpaksa bermain 10 orang selepas Ethan Ampadu dilayangkan kad merah.

Kemenangan 3-1 Switzerland ke atas Turki pasti menjadi ancaman buat Wales yang mahu mengiringi Itali layak selaku naib juara kumpulan.

Lantaran Wales mempamerkan aksi terbaik menyerap segala asakan Itali supaya tidak boleh lebih dua gol untuk layak dengan perbezaan gol.

Itali walaupun menurunkan barisan pemain kedua para pemain ini bermain dengan bersemangat untuk membuktikan diri masing-masing.

Wales terpaksa bertahan sedalam yang boleh bagi mempertahankan kelebihan ke Switzerland.

Sejak Euro dikembangkan pada 1980 Itali menjadi pasukan pertama memenangi kesemua perlawanan tanpa bolos walaupun satu gol dan mengulangi pencapaian yang sama pada 2020.

Italy Starting XI: Donnarumma; Toloi Bonucci, Bastoni, Emerson; Verratti, Jorginho, Pessina; Bernardeschi, Belotti, Chiesa

Subs: Sirigu, Meret, Di Lorenzo, Spinazzola, Locatelli, Castrovilli, Insigne, Acerbi, Cristante, Immobile, Barella, Raspadori

Wales Starting XI: Ward; Gunter, Rodon, Ampadu; Roberts, Morrell, Allen, Ramsey, N Williams; Bale, James

Subs: Hennessey, A Davies, B Davies, Lockyer, Wilson, T Roberts, Moore, Norrington-Davies, J Williams, Brooks, Mepham, Levitt

Referee: O Hategan (Romania)

BACA:  Jawapan Kejam Kasper Schmeichel Mengenai Laungan Keramat 'It's Coming Home' England