Antony sebelum ini berdepan dengan tuduhan keganasan terhadap wanita, termasuk mengakibatkan kecederaan pada bekas pasangan hidupnya Gabriela Cavallin.
Kini dia berdepan 2 lagi pertuduhan yang sama. Dua orang wanita telah tampil mendedahkan mereka juga mangsa keganasan Antony yang rakus.
Antony Spin baru baru ini digugurkan daripada skuad Brazil kerana disiasat atas pertuduhan keganasan domestik.
Man United tidak menggantung Antony sebagaimana mereka lakukan ke atas Mason Greenwood ketika pemain itu disiasat.
Cavallin kemudian menuduh Man United turut menjadi rakan subahat jenayah Antony. Kerana menghantar doktor kelab mereka untuk membetulkan payudara pelesunya yang rosak akibat ditumbuk dan dikeronyok Antony yang bukan saja mampu spin bola di kaki namun pakar spin pakai tangan.
Menurut peguam Gabriela Cavallin, ada 2 doktor dikejarkan ke hotel tempat dia menahan kesakitan pada malam kejadian. Dan dia percaya Man United risau kalau wanita itu pergi ke klinik atau hospital terdekat, perbuatan Antony itu terbongkar.
Gabriela ketika itu dirawat secara peribadi.
Dia sempat memuat naik beberapa gambar bukti dia menjadi mangsa keganasan Antony. Ini termasuk jarinya yang berdarah kerana ditoreh Antony dengan kaca.
Man United sudah menafikan perkara itu. Menurut mereka 2 doktor itu bukan doktor kelab mereka. Doktor mereka pakar dalam bidang sukan bukannya bidang payudara.
Antony turut sedih dengan tuduhan ke atasnya. Menurutnya dia seorang lelaki yang baik dan menghormati wanita. Dia tak pernah mengasari mana mana wanita.
Antony spin mendakwa dia sebenarnya telah kena spin.
Ingrid Lana: “Saya datang untuk berunding perniagaan, dia terus nak ehem saya”
Berbalik kepada dua dakwaan terbaru dan segar diterima Antony, seorang wanita bernama Ingrid Lana.
Wanita itu jelas tak percaya seorang Antony begitu ganas. Ingrid lana berkata:
“Dia cuba nak melakukan hubungan ehem ehem dengan saya, dan saya tak nak.”
“Dia kemudian marah dan berusaha memasukkan bebirdnya, saya menolak dan dia terus melempang saya dan menolak saya ke dinding.”
Ingrid menegaskan, dia tak pasti sama ada Antony memang sedang sangap menanti wanita yang dia pesan untuk melayannya ke apa?
Wanita itu menjelaskan, dia bukanlah datang untuk melayan Antony, sebaliknya datang atas tujuan perniagaan semata mata.
“Kehadiran saya adalah untuk perniagaan. Saya datang ke situ atas tujuan perniagaan semata mata. Saya datang pun atas jemputan.”
“Saya kemudian menyedari mamat ketot ni rupa rupanya ada niat tersembunyi, sial betul.”
🚨 Another woman, Ingrid Lana has claimed in a television interview that Antony invited her to his house and pushed her against a wall which led to banging her head.
🗣️ "He tried to have a relationship with me and I didn't want to," Lana claimed in the interview.
🗣️ "He pushed… pic.twitter.com/Mn34OaJkdG
— PurelyFootball ℗ (@PurelyFootball) September 8, 2023
Antony memang dikenali dengan sikapnya yang rakus. Di atas padang dia juga seorang yang sangat rakus dan dahagakan kejayaan.
Dia suka melakukan skil yang luar biasa dan sangat berbisa di hadapan gol.
Kehilangan Antony pasti akan dirasai skuad Brazil kerana dia menjadi nadi penting kebangkitan Brazil.
Ingrid Lana, a 33-year-old banker, accuses Antony of assault: "He tried to have sex with me and I didn't want to. He pushed me against the wall and I hit my head. " [@flavioricco] pic.twitter.com/Jal4ACc93g
— United Zone (@ManUnitedZone_) September 7, 2023