Manny Pacquiao – Sang Wira Yang Bina 1000 Rumah, Dibenci Penyokong LGBT

Bintang Tinju Filipina, Manny Pacquiao, merupakan salah seorang atlet terkaya di dunia, dengan nilai kekayaan sekitar USD190juta (RM798juta).  Pada tahun 2015, dia telah bertarung menentang Floyd Mayweather dalam ‘Perlawanan Terulung Abad Ini’.

Meskipun tewas, dia masih mampu membawa pulang sebanyak USD 100juta – sebahagian besarnya digunakan untuk membina rumah kepada rakyat miskin.

Kehidupan Awal

Petinju yang bergelar Pacman ini membesar dalam keadaan serba kekurangan di mana dia terpaksa tidur beralaskan kotak, dan ponteng sekolah semata-mata untuk membantu ibunya mencari rezeki.

Ketika kecil juga Pacquiao dibesarkan dengan disiplin agama yang kuat, malah ibunya pernah berharap dia akan membesar menjadi seorang paderi.

Selepas Berjaya

Apabila akhirnya Manny berjaya dalam bidang tinju, dia mula keluar dari kepompong kemiskinan dan ketika inilah dia bertekad untuk berkongsi kekayaannya bersama mereka yang memerlukan. Pada tahun 2016, Pacquiao mengeluarkan sendiri duit poketnya dan menaja pembinaan 1000 buah rumah di kampung halamannya.

“Aku suka sangat dapat bagi rumah percuma kepada para rakyat Wilayah Sarangani daripada duit poket aku sendiri. Lebih daripada 1000 keluarga menerima manfaat ini,” tulisnya dalam satu entri di Facebook.

Ketika ini, Pacquiao merupakan senator di kawasannya dan dia bercadang untuk membina lebih banyak rumah untuk rakyat miskin.

“Aku tahu apa yang mereka rasa sebab aku pernah berada di tempat mereka,” kata Pacqiao dalam satu temuramah bersama USA TODAY.

“Aku pernah tidur di jalanan. Itulah kehidupan aku sebelum ini. Susah wei. Sebab tu aku dapat rasa apa yang mereka rasa sekarang,” tambahnya lagi.

Senator Manny Pacquiao
Pacquiao sebagai Senator. Gambar: Allthatinteresting

Pada tahun 2018, Pacquiao membantu seorang penjual aiskrim dengan memberikannya rumah dan kerja baru selepas lelaki tersebut diserang angin ahmar.

Untuk menambahkan lagi keberkesanan program pembasmian kemiskinan ini, Pacquiao juga turut bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Filipina untuk perancangan di masa hadapan.

Ternyata sifat Pacquiao ini berbeza denan para ahli politik Malaysia yang lebih banyak bersembang anjing dan mementingkan poket sendiri.

Serangan Penyokong LGBT

Walaubagaimanapun, segala kerja amal Pacquiao ini telah terselit dengan kebencian puak penyokong LGBT. Pada bulan Februari 2016, Pacquiao mencetuskan kemarahan awam di Filipina selepas dia menyatakan mereka yang mengadakan hubungan sesama jantina adalah lebih teruk daripada haiwan.

Dalam satu temuduga di saluran televisyen Filipina, Pacquiao berkata,”Benda ni semua orang tahu. Kau pernah tengok binatang berhubungan berjimak sesama jantina?

“Haiwan lagi bagus lah, ia tahu membezakan jantan dan betina. Kalau lelaki mengawan dengan lelaki, dan perempuan mengawan dengan perempuan, mereka lebih teruk daripada binatang.”

Disebabkan kenyataannya itu, Nike yang telah menajanya bertahun, telah memecatnya daripada senarai penajaan.

Pacquiao meminta maaf selepas insiden tersebut tetapi tetap teguh dengan sebahagian kenyataannya.

“Aku minta maaf sebab telah menyakitkan hati mereka dengan menbandingkan golongan homoseksual dengan binatang. Maafkan aku kepada mereka yang terluka.”

Akan tetapi, dia menambah,”Aku masih tetap dengan pendirian dan pegangan aku yang menentang perkahwinan sejenis, kerana aku berpegang dengan apa yang diajar dalam Bible.

“Aku tak kecam LGBT, aku sayang kamu semua dengan cinta kepada Tuhan. Semoga Tuhan merahmati dan aku doakan kalian.”

Meskipun semakin banyak kerja amalnya dilakukan, petinju ini masih dikecam dek kenyataannya tentang LGBT sampai ke hari ini.

Semoga Pacquiao terus tabah menjalani hidup.

Rujukan berita : allinteresting.com

Baca Juga

Baca Juga