Mansur Calar Digantung Seumur Hidup Kerana Menyerang Lawan Dengan Mata Pisau Cukur

Pemain Amed SK dari Liga Turki, Mansur Calar telah dikenakan hukuman gantung seumur hidup daripada sukan bola sepak oleh Turkey’s Professional Football Discipline Board (PFDK) selepas melakukan serangan ganas.

Menurut laporan Son Dakika Spor Haberleri, PFDK telah mengambil tindakan keatas Çalar dan menghukum beliau ‘permanent deprivation for attacks on rival team players’ atau ‘pelucutan tetap untuk serangan ke atas pemain-pemain pasukan lawan.’

Lagi menambah calar diatas tindakan ganas itu, Calar juga didenda £3,500 kerana melanggar Artikel 4 merujuk kepada Law on Penalties.

Pasukan Amed SK juga tidak terlepas dan menerima hukuman bermain satu perlawanan tanpa penyokong kerana tindakan Calar itu.

Perlawanan diantara pasukan Liga Divisyen Dua melibatkan pasukan Amed SK dan Sakaryaspor pada sabtu lalu dikejutkan dengan satu insiden serangan menggunakan senjata tajam sebelum perlawanan.

Menurut laporan, pemain pasukan Amed SK, Mansur Calar telah menyembunyikan bilah pisau cukur dalam genggaman sebelum perlawanan dan menggunakannya untuk mencederakan Ferhat Yazgan.

Pemain tengah dari Turki yang berusia 33 tahun itu telah menyerang belakang Ferhat Yazgan dan serangan tidak berakhir di situ.

Çalar sekali lagi menyerang pemain Sakaryaspor berusia 26 itu kali ini menyerang bahagian leher.

Yazgan telah memuat naik luka serangan di laman Instagram untuk para peminat menilai.

Motif Mansur Calar membuatkan serangan gila dan ganas ini masih tidak diketahui.

Ngeri jugak.

Kekecohan juga berlaku semasa perlawanan dan di bilik persalinan apabila pasukan Amed SK diserang sekumpulan penyokong dan tiada kecederaan dilaporkan.

Baca Juga

Baca Juga