Peminat Liverpool Masih Sayangkan Mignolet

Peminat Liverpool sangat menyayangi Mignolet dan menganggap beliau antara pemain terbaik Liverpool pernah miliki. Walau beliau tidak begitu menunjukkan aksi yang baik di dalam padang namun beliau antara pemain yang begitu mesra dengan peminat.

Menjadi penjaga gol utama untuk pasukan Liverpool dalam tempoh hampir lima musim, banyak juga kesilapan yang beliau lakukan di dalam padang. Tetapi peminat Liverpool tetap menyukai beliau kerana sikap dan peribadi beliau yang baik.

Beliau telah meninggalkan pasukan Liverpool pada musim lalu, dengan ketibaan Alisson, beliau sukar untuk mendapat tempat sebagai pemain utama. Hal itu membuatkan beliau kembali ke kelab asalnya di Belgium.

Rata-rata pemain dan staff kejurulatihan dalam kem Liverpool amat sedih dengan perpindahan beliau. mignolet seorang yang sangat positive dan sering memberi motivasi kepada rakan-rakan nya.

Bersama pasukan Brugge Mignolet mendapat tempat sebagai penjaga gol utama pasukan itu. Sebagai penjaga gol utama pasukan beliau turut terlibat dalam perlawanan menentang pesaing lamanya Manchester United untuk Europa League.

Di dalam perlawanan ini, Mignolet telah menunjukkan kecemerlangan beliau dengan membuat satu bantuan gol dan telah menyelamatkan banyak percubaan dari pasukan United.

Para pemain United merasakan bahawa mereka akan mendapat tendangan sudut, namun pengadil perlawanan memberikan tendangan gol kepada pasukan tuan rumah.

Mignolet melihat ada ruang untuk Emmanuel Dennis yang berada di kawasan United lalu menghantar bola terus kepadanya. Hantaran mengelirukan dari Mignolet itu membuatkan Maguire terpinga-pinga di tengah padang dan hanya mampu melihat bola itu melepasinya.

Dennis berjaya menewaskan Sergio Romero yang telah keluar dari kawasan gol nya dan menolak kemas bola menerjah jaring United.

Sangat Mengagumkan!!

Jaringan itu sebenarnya adalah jaringan ketiga Dennis di kejohanan Eropah musim ini. Beliau juga telah menjaringkan dua gol ketika menentang Real Madrid di Bernabeu dan mencatat keputusan seri 2-2 di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Kerana tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 Liga Juara-Juara mereka turun bermain di Europa League dan dalam perlawanan menentang United ini Dennis telah menjaringkan gol ketiganya di pentas Eropah.

Solskjaer sebenarnya mengejutkan peminat dengan membuat enam perubahan untuk perlawanan ini. Mungkin beliau ada formula beliau sendiri untuk memastikan yang terbaik untuk United.

Walaupun keputusan itu kelihatan kurang bijak sehingga Brugge mampu mendominasi perlawanan dan telah mendahului mereka seawal minit ke-15.

Mujur Anthony Martial berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk United di minit ke-34. Martial melepasi pertahanan dengan menggunakan kelajuannya lalu menendang bola dengan tenang untuk jaringan penyamaan.

Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

BACA:  Europa League 2019/20: Manchester United 5-0 Club Brugge (Agg.6-1)