Manusia Ini Habiskan RM138,000 Untuk Mempunyai Paras Rupa Seperti David Beckham

Seorang manusia bernama Jack Johnson yang kini berusia 22 tahun telah mengahabiskan RM138,000 membuat perubahan muka bagi mendapatkan rupa seperti pemain bola sepak terkacak dunia, David Beckham.

Selepas menghabiskan begitu banyak wang hasilnya sangat membangangkan dan langsung tidak kelihatan seperti Beckham malah lebih dekat kepada wajah salah seorang admin The Sukan.

Perkara ini juga disedari serta diakaui Jack Johnson betapa tidak miripnya beliau dengan idolanya, namun Jack tidak berputus asa dan putus haid apatah lagi Monopaus.

Sama tapi bukan dia.

“Aku takkan berhenti sehingga mati, aku tak nampak seperti Beckham sekarang, jika ada yang bagi aku £1 juta aku masih tidak akan sama seperti Beckham namun aku akan terus mencuba.” Kental sungguh semangat beliau.

Jack yang berasal dari Kimberley, Nottinghamshire mengakui telah menghabiskan RM138,000 dengan membuat pembedahan di hidung, dagu bibir, mencucuk botox, menurap muka dan membuat rawatan muka.

Namun hasilnya sangat nokharom, jauh panggang dari api, langsung tak sama, iras-iras puna takda apatah lagi mirip kepada Beckham.

Sebelum – Selepas

Jack menggunakan nama Jack Beckham di media sosialnya.

Jack juga mensasarkan untuk membuang 3 tulang rusuk bagi kelihatan fit dengan memakai waistcoats sama seperti Beckham pakai. Baler!

Walaupun dibelenggu senarai hitam kerana hutang(Bukan PTPTN) kerana rumahnya terbakar dan tidak mengambil insuran Jack masih mahu meneruskan niatnya itu.

“Aku sekarang rata-riti ke senarai hitam. Tapi aku akan teruskan usaha untuk kelihatan seperti Beckham. Mak aku dah pesan supaya berhenti tapi aku tak nak dengar.”

“Aku tiada masalah dengan penampilan aku tapi aku hanya mahu nampak serupa macam Beckham. Manusia pertama di Britain yang kelihatan seperti Beckham.”

Jack Merancang Mahu Menjadi Seperti Victoria Beckham Pula

Pada bulan Februari lalu, The Sun melaporkan bahawa Jack Johnson mahu merubah rupa kepada isteri David Beckham pula, Victoria.

Jack telah membuat kira-kira yang beliau perlukan kira-kira RM95,000 untuk perubahan penuh termasuk kerja tetek(boob job) dan merubah muka.

Untuk meyakinkan ramai jack akan menggunakan nama Victoria untuk menjadi kembar isteri Beckham.

“Aku sangat suka fesyen Victoria dan aku telah beli kasut tinggi beliau.”

“Aku suka muka dan badan, semua la pasal Victoria. Aku akan nampak macam kembar Victoria selepas kerja ubahsuaian selesai.”

Jack ini rosak dari umur 8 tahun selepas menonton televisyen.

“Masa umur aku 8 tahun, aku tengok Jerry Springer Show dan aku lihat pondan yang telah menukar jantina, dari situ aku tahu satu hari nanti aku akan jalani pembedahan yang sama.”

Baca Juga

Baca Juga