Maradona Akui Pernah Dilarikan Makhluk Asing

Share on facebook
Share on twitter

Diego Armando Maradona Franco merupakan pemain bola sepak terbaik dan lagenda dalam sejarah bola sepak dunia sepanjang zaman telah mengaku pernah dilarikan oleh makhluk asing dan hilang kesucian diri pada usia 13 tahun.

Aksinya dipadang sentiasa menjadi bualan, kehidupan peribadinya yang pasang surut turut mendapat perhatian dan selepas bersara masih lagi dibawangkan.

Selepas melalui kehidupan sukar hingga menyebabkan masalah kesihatan, Maradona berjaya kembali ke dunia yang nyata dengan penuh positif.

Kini Maradona menjadi pengurus Gimnasia de La Plata dan tidak terlepas daripada kontroversi juga.

Pada November lalu, Maradona telah meletakkan jawatan selepas dua bulan menjadi pengurus namun kembali semula selepas dua hari.

Bekas pemain berusia 59 tahun itu kembali selepas mendakwa berjaya membawa penyatuan politik di dalam kelab.

Dalam satu temuramah bersama saluran sukan Argentina, TyC Sports, pemain lagenda Argentina itu telah membuat satu pengakuan dan pendedahan yang sangat mengejutkan.

Beliau mengakui bahawa pernah dilarikan oleh makhluk asing.

“Kenapa nak mereka-reka cerita? Ada sekali tu, selepas minum(minuman keras), aku telah hilang dari rumah selama 3 hari.”

“Aku pulang ke rumah dan cakap, UFO dah ambil aku, aku cakap ‘Mereka ambil aku, aku tak boleh bagitau kau mengenai perkara ini.'”

Maradona tidak boleh bercerita lanjut mengenai jemputan makhluk asing ke atas beliau selama 3 hari selepas mabuk.

Teringat pulak cerita X-Files. ‘The truth is out there!’

Bekas pemain sensasi kelab Napoli itu juga ditanya bilakah beliau kehilangan kesucian diri dan di ‘kaki’ siapa?

Dengan penuh yakin dan bersahaja tanpa segan serta ragu, Maradona menjawab :

“Pada usia 13 tahun, di bilik bawah tanah dengan wanita yang lebih berusia.”

“Aku kat atas dan wanita itu tenang membaca suratkhabar.”

Maradona juga mendedahkan beliau pernah bermain beberapa perlawanan dalam kariernya tanpa tidur langsung. Boleh jahanam karier lagu ni.

Ketika ditanya siapa 3 pemain bola sepak yang akan dijemput ke kapal layarnya, Maradona menamakan Carlos Tevez, Lionel Messi dan Gabriel Heinze.

Diego Armando Maradona Franco itulah nama penuh lagenda ini ketika didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Argentina, lahir pada 30 Oktober 1960 dan kini berusia 59 tahun.

Maradona cemerlang bersama negara dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika bersama kelab Itali di Serie A, Napoli dengan 115 gol dalam semua pertandingan.

Penulis sukan, pemain dan peminat telah mengangkat Maradona sebagai pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman. Maradona juga telah duduk sebaris bersama Pele sebagai FIFA Player of the 20th Century.

Jika Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo menjadi pertikaian siapa GOAT yang sebenar, Maradona juga tidak terkecuali dibandingkan dengan Pele siapa pemain terhebat sepanjang zaman walaupun bermain dalam era berbeza rentak muzik terkini.

Share on facebook
Share on twitter
 

Baca Juga

Baca Juga