Maradona: Messi Tidak Sepatutnya Kembali Dari Persaraan

Legenda Argentina, Diego Maradona menasihatkan Lionel Messi supaya tidak lagi bermain untuk Argentina pada masa hadapan. Beliau juga berkata Messi tidak sepatutnya kembali dari persaraan dan mahu bintang Barcelona itu bersara secara tetapi kali ini.

Messi dan Argentina mengharungi kempen Piala Dunia 2018 yang mengecewakan dimana mereka tersingkir di peringkat 16 pasukan terakhir di tangan juara dunia, Perancis. Kempen Argentina di Russia diselebungi dengan pelbagai kontroversi dan persembahan di bawah tahap sebenar dari pemain utama mereka.

Maradona mahu Messi jangan bermain lagi untuk Argentina. Kasi ajar sikit pihak yang suka mengkritik Messi sebagai punca kegagalan Argentina

Prestasi buruk Argentina di Piala Dunia juga mengakibatkan Jorge Sampaoli kehilangan jawatannya dan pengendali sementara Agentina, Lionel Scaloni tidak menamakan Messi dalam dua skuad terakhirnya sejak memegang jawatan tersebut.

Bintang Barcelona itu pernah kembali dari persaraan untuk membantu Albiceleste melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 tetapi masih lagi berteka-teki mengenai masa depannya bersama skuad kebangsaan buat masa sekarang.

Maradona bagaimanapun menyarankan Messi supaya tidak lagi kembali dari persaraan untuk memberi pengajaran kepada pihak yang sering menyalahkan Messi atas kegagalan Argentina di peringkat antarabangsa.

Messi masih lagi berteka-teki mengenai masa depannya bersama skuad kebangsaan

“Apa yang patut saya nasihatkan Messi ? Saya akan nasihatkan beliau supaya tidak lagi kembali bermain untuk Argentina. Bersara terus.”

“Pasukan Argentina Bawah-15 Tahun kalah dan Messi yang dipersalahakn. Racing lawan Boca Juniors, Messi juga yang bersalah. Beliau sering dipersalahkan atas segala perkara. Cukup-cukup lah.”

“Saya akan beritahu Messi supaya tidak lagi pergi ke Argentina. Kita lihat bagaimana Argentina bermain tanpa Messi di sisi. Kita lihat sama ada pasukan tersebut betul-betul pasukan besar.”

“Saya suka untuk melihat Messi memberitahu semua rakyat Argentina ‘pergi mampos saje’. Kerana Messi tidak patut dipersalahkan atas kegagalan Argentina menjadi juara dunia.”

“Ya, kita letakkan harapan terhadap Messi tetapi keadaan ini sama seperti apabila anda pergi ke perlumbaan lumba kuda mengharapkan kuda anda menang, tetapi kuda anda hanya mampu menduduki tangga ke-8.”

“Dalam Formula One, Sebastian Vettel mempunyai enjin yang bagus tetapi masih lagi kalah kepada Lewis Hamilton. Buat masa sekarang, pasukan kebangsaan tidak melakukan sebarang perkara terhadap saya atau rakyat Argentina.”

Peminat No.1 Messi

“Kami tidak lagi mempunyai semangat. Kita tidak boleh berterusan melawan pasukan seperti Nicaragua dan Malta. Kita sedang melempar segala prestij yang ada pada pasukan ini ke dalam mangkuk jamban.”

Apabila ditanya siapakah individu yang paling sesuai menggantikan tempat Sampaoli, Maradona mahu Persekutuan Bola Sepak Argentina melantik jurulatih yang membimbing Argentina memenangi Piala Dunia 1978, Cesar Luis Menotti sebagai jurulatih mereka yang baru. Menotti kini berusia 78 tahun dan sudah lama bersara dari arena bola sepak.

BACA:  Bilik Hotel Messi Di Qatar Ditukar Jadi Muzium