Marco Asencio Tercedera Kerana Mencukur Bulu Kaki

Bintang muda Real Madrid, Marco Asencio tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang kelab Cyprus, Apoel Nicosia hari ini kerana kecederaan yang paling tidak disangka – mencukur bulu kaki.

Asencio yang juga dikenali sebagai Safawi Rashid Sepanyol tidak dapat menyertai latihan sepanjang minggu ini dan ketika ketua jurulatih Real, Zinedine Zidane, ditanya para wartawan, dia sekadar tersenyum lalu menjawab;

“Lepuhan..yang menyebabkan dia tak dapat pakai stokin.”

Inilah kecederaan yang dialami Asencio | Gambar : Pinterest

Lepuhan ini terjadi apabila seseorang itu tidak mencukur bulu di anggota badan dengan betul. Mungkin Asencio lupa untuk menggunakan krim pencukur ketika mencukur bulu betis, atau mungkin dia tersalah pilih pisau cukur.

Adudududududu pedih betis aku! | Gambar : AS

Walaupun Asencio terpaksa diketepikan, Real Madrid masih mempunyai Cristiano Ronaldo dan juga Isco untuk memporak perandakan pertahanan Apoel Nicosia.

Hasilnya? Anda tengoklah nanti.

Champions League : Real Madrid 3-0 APOEL Nicosia

Tanpa Safawi Rashid Sepanyol menang 3-0. Jika Aesnsio bermain mungkin menang 9-0?

Sumber berita : fourfourtwo

Baca Juga

Baca Juga