Marco Verratti: England Lebih Tertekan

Marco Verratti berharap England lebih tertekan berbanding Itali apabila kedua-dua pasukan ini turun dalam perlawanan akhir. Perlawanan itu akan berlangsung pada pukul 3 pagi waktu Johor Bharu.

Pada perlawanan separuh akhir Itali diheret ke penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dengan Sepanyol sementara itu England memerlukan jaringan penalti pada masa tambahan untuk menewaskan Denmark 2-1.

Permulaan bergaya dari Itali, sedikit perlahan buat England

England memulakan kempen dengan agak sederhana namun agak kebal dibahagian pertahanan, malah lebih baik dari Itali yang membawa rekod tidak bolos 8 perlawanan.

England hanya menjaringkan 2 gol tetapi masih mampu menjuarai kumpulan melalui kutipan 7 mata hasil dari 2 menang dan 1 seri tanpa bolos.

Itali pula bermula dengan bergaya apabila membenam Turki dan Switzerland dengan keputusan 3-0 dan kemudiannya menewaskan Wales 1-0.

Kedua-dua pasukan melakukan kemaraan ke perlawanan akhir selepas mengharungi 3 lagi perlawanan di peringkat kalah mati. Marco Verrati melihat England pasukan yang berhak mara ke peringkat terakhir Piala Eropah (EURO)

“Kami semua menonton perlawanan itu” kata Verratti dalam sidang akhbarnya

“England merupakan pasukan kuat dan mempunyai kemahiran teknikal dengan bola yang bagus. Mereka berhak mara ke perlawanan akhir namun kami berdua (Itali dan England) mahu menang (EURO).”

Kelebihan England bermain di laman sendiri

Pada edisi kali ini, 11 negara tampil sebagai tuan rumah dan Wembley ditetapkan sebagai gelanggang perlawanan akhir. England memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri.

Dalam 6 perlawanan yang diharunginya, England bermain sebanyak 5 kali di Wembley dan perlawanan akhir merupakan perlawanan ke-6 mereka bermain di hadapan penyokongnya sendiri.

Itali juga merupakan salah satu dari 11 negara yang menjadi rumah. Stadium Olimpico, Roma hanya digunakan untuk perlawanan peringkat kumpulan.

Itali sempat bermain 3 kali dihadapan penyokong sendiri dan kemudiannya ‘berpindah’ ke Wembley sebanyak 2 kali dan Alianz Arena 1 kali. Sejak bermain di gelanggang luar Itali mula bolos.

Walaupun England bakal beraksi di laman sendiri, Verratti melihat ia bukan masalah besar kerana Itali sudah bemain disana 2 kali dan pasukannya sudah dapat menyesuaikan diri.

“Mereka mempunyai kelebihan bermain digelanggang sendiri dan ia menjadi impian mereka untuk menang disana.”

“(Bagaimanapun) bermain dalam stadium yang besar bakal memberi motivasi dan atmosfera tersebut akan memberi kekuatan kekuatan kepada kami.”

England 1-0 Croatia (Stadium Wembley, London)
England 0-0 Scotland (Stadium Wembley, London)
England 1-0 Repbulik (Stadium Wembley, London)
England 2-0 Jerman (Stadium Wembley, London)
England 4-0 Ukraine (Olimpico, Roma)
England 2-1 Denmark (Stadium Wembley, London)

Itali 3-0 Turki (Stadium Olimpico, Roma)
Itali 3-0 Switzerland (Stadium Olimpico, Roma)
Itali 1-0 Wales (Stadium Olimpico, Roma)
Itali 2-1 Austria (Stadium Wembley, London)
Itali 2-1 Belgium (Alianz Arena, Munich)
Itali 1-1 Sepanyol (Stadium Wembley, London)

Kontroversi Sterling

Kemenangan England ke atas Denmark diselubungi dengan kontroversi. Denmark mendahului perlawan melalui jaringan dari sepakan percuma Mikkel Damsgaard.

England menyamakan kedudukan apabila Simon Kjaer tertampan bola ke dalam jaring sendiri sebelum dihadiahkan sepakan penalti apabila Sterling dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Joakim Maehle.

Sepakan yang diambil oleh Harry Kane berjaya diselamatkan oleh Kasper Schmeichel namun penyerang itu berjaya menyambar bola rebound dan ia menjadi gol kemenangan England.

“Ia merupakan penalti murah hati (dari pengadil). Saya tidak akan memberikannya. Ia merupakan gol penting yang membawa England ke perlawanan akhir. Ia hanyalah (satu) gol murah hati (dari pengadil)…” komen Verratti

“Sterling adalah seorang pemain yang luar biasa, saban tahun dia membuktikan dia adalah penyerang hebat dan mempunyai kejohanan cemerlang.”

“Kami gembira England menang dan ini akan menjadi perlawanan akhir yang bersejarah untuk kami.”

Itali membuat kebangkitan dalam penatas utama selepas gagal ke pusingan akhir Piala Dunia 2018. Itali berubah menjadi pasukan lebih baik dari Perancis, Jerman, Sepanyol dan beberapa lagi kuasa besar eropah.

Kemaraan ke perlawanan akhir pada EURO kali ini adalah bukti kebangkitan luar biasa yang ditampilkan oleh Itali dalam tempoh 4 tahun selepas menerima bencana besar dalam sejarahnya.

“Akhbar di Perancis juga gembira dengan kami (Itali) yang menampilkan kredibiliti dan kembali ke tempat yang sepatutnya (Itali) berada.”

“Kami mahu beri yang terbaik dan tidak mahu menyesal sehingga wisel penamat dibunyikan.” tambah Verratti

Pengadil

Pada perlawanan akhir itu nanti, UEFA telah mengumumkan pengadil dari Belanda, Bjorn Kuipers akan mengadili perlawanan tersebut. Verratti percaya pengadil tersebut akan mengadili perlawanan dengan telus.

Kuipers cukup berpengalaman mengadili perlawanan penting seperti perlawanan akhir Liga Juara Eropah , Piala Europa dan sebagainya.

“Disana terdapat pengadil yang hebat yang tidak akan meletakkan dirinya terpengaruh dengan atmosfera Wembley. Dia banyak terlibat dengan perlawanan Liga Juara Eropah dan kami tidak risau tentangnya.”

“Persedian untuk perlawanan akhir adalah mudah kerana sesiapa pun yang diturunkan tidak kira bermain dari minit pertama atau hanya 1 minit (mereka) akan beri segalanya untuk pasukan. Ia mungkin momen yang tidak akan diperolehi lagi.”

“Tekanan lebih terarah kepada England kerana mereka tidak pernah menang EURO, jadi pasukan yang lebih enjoy dan dapat menenangkan minda mereka akan mempunyai kelebihan besar.”

Pada perlawanan sebelum ini Itali mendominasi permainan kecuali ketika menentang Sepanyol dimana perlawanan itu berlarutan hingga ke penentuan sepakan penalti.

“Perlawanan ini berbeza dengan perlawanan menentang Sepanyol. Barisan tengah kami boleh dan perlu menampilkan kelainan. Kami perlu menetapkan tempo.”

“England akan memaksa anda bermain dengan teruk dan tidak memberi ruang untuk mencipta peluang. Jadi setiap perkara menjadi hal penting.”

Verratti menambah keberadaan ‘2 legenda’ di barisan pertahanan Itali memberi ruang pasukan untuk lebih agresif di bahagian tengah.

“Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci memberi anda keyakinan. Sebagai seorang pemain tengah (saya) melakukan pressing tanpa risau kerana pertahanan kami dijaga oleh 2 fenomena.”

Sumber: Football Italia, Soccerway, Wikipedia, BBCsports

BACA:  Sembang Falsafah : Kenali Wing Back, Winger & Inside Forward!