Marcos LIorente Memberi Gelaran ‘Anfield’ Kepada Anjing Kesayangannya

Pencapaian Terbaik Marcos LIorente sepanjang kariernya adalah ketika aksi beliau bersama Atletico dalam pertemuan di Liga Juara-juara Eropah bertemu Liverpool.

Bahkan, LIorente sebelum bertemu sang penakluk dunia, beliau tidak pernah menjaringkan sebarang gol dan assist dalam aksi di Liga Juara-juara.

Dalam pertemuan Atletico dan pasukan terhebat dunia, Liverpool, LIorente telah berjaya menyumbangkan dua gol dan satu assist lalu membantu pasukannya menjinakkan Liverpool dengan keputusan 3-2.

Dalam perlawanan itu Liverpool terlebih dahulu dihadapan dengan mendahului Atletico 2-0 hasil jaringan dari Wijnaldum dan Firmino.

Namun kerana aksi tidak ketentuan hala yang dipersembahkan oleh Adrian di masa tambahan perlawanan, gawang Liverpool dibolosi tiga kali.

Dua darinya dari LIorente dan satu lagi menerusi Alvaro Morata. Dengan tiga jaringan itu, Atletico berjaya menyingkirkan pasukan terhebat dunia dari saingan Liga Juara-juara.

Perlawanan itu sungguh bermakna untuk Marcos LIorente, selain berjaya untuk menjaringkan gol di liga Juara-juara, beliau turut berjaya menjadi sebahagian dari watak penting membantu menewaskan Liverpool buat pertama kalinya di Anfield.

Sebelum bertemu pasukan Atletico, Anfield merupakan neraka buat pasukan yang berkunjung kesana. Tiada pasukan yang berjaya menewaskan Liverpool di gelanggang keramat mereka.

Ternyata sehingga kini, Marcos LIorente masih tidak puas merayakan kejayaan mereka menewaskan Liverpool dibumi Anfield.

Beliau begitu gembira sehingga menamakan anjing peliharaannya ‘Anfield’.

Beliau telah memuat naik gambar anjingnya kelaman Instagram miliknya. Didalam gambar itu, terlihat anjingnya sedang merenung keluar jendela.

Dengan tertera ucapan tertulis:

“Anfield sedang melihat dunia.”

Ini bermakna Anfield ditujukan kepada anjingnya yang berada didalam gambar. Sungguh hebat nama yang dipilih untuk anjingnya ya.

Marcos LIorente sememangnya seorang lelaki yang sangat menyukai anjing.

Jika dilihat di Instagramnya, selain gambar keluarga, beliau hanya akan muat naik gambar latihan, gambar berkaitan bola sepak dan gambar anjingnya.

Dari kesemua anjing yang beliau miliki, hanya seekor itu sahaja yang didedahkan nama gelarannya. Jika dilihat dari gambar, anjing itu berkemungkinan jenis baka bulldog.

Kini Marcos LIorente sudah mempunyai sesuatu untuk beliau terus mengimbau kembali detik indah ketika beraksi di Anfield.

LIorente kini sedang menjalani latihan dirumahnya untuk mengekalkan tahap kecergasan dirinya sementara semua saingan bola sepak terpaksa digantung ekoran penularan virus Covid-19.

Sepanyol antara negara yang paling teruk terkesan dengan mencatatkan kes jangkitan yang agak tinggi.

Marcos LIorente turut menyeru dan memberi pesanan khidmat masyarakat kepada penduduk di Sepanyol supaya terus berada di rumah dan tidak keluar demi menyahut seruan kerajaan untuk menjaga penjarakan sosial.

Setakat ini masih belum ada keputusan sama ada saingan La Liga akan diteruskan atau bakal dibatalkan.

Sama seperti saingan Liga Juara-juara, masih digantung sehingga kini dan belum ada keputusan muktamad dari pihak UEFA untuk tindakan selanjutnya.

Baca Juga

Baca Juga