Marcus Rashford Dinasihatkan Supaya Tidak Meniru Cristiano Ronaldo

Marcus Rashford telah diberitahu supaya tidak meniru Cristiano Ronaldo supaya beliau akan mampu untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Rashford melalui musim yang sangat sukar pada musim lalu bersama Man United dengan beliau hanya mampu menjaringkan lima gol sahaja dari semua pertandingan.

​Aksi hambar yang beliau persembahkan sepanjang musim lalu menyebabkan Rashford kerap disingkirkan dari senarai kesebelasan utama Man Utd.

Beliau bahkan turut dikaitkan dengan bakal dilepaskan oleh pihak kelab dengan Rashford juga teruk menjadi mangsa kecaman oleh pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu dikatakan akan kekal di Old Trafford dan beliau mahu berusaha mahu mendapatkan tempat di bawah kendalian pengurus baru, Erik Ten Hag.

Menjelang bermulanya musim 2022/23, bekas pemain penyerang Man Utd, Louis Saha tampil memberikan nasihat berguna kepada bintang England itu.

Saha menganggap Rashford sebagai seorang pemain yang sungguh menakjubkan namun beliau menegaskan agar pemain penyerang itu berhenti meniru Cristiano Ronaldo.

Saha turut menegaskan supaya Rashford mengikuti jejak langkah beberapa rakan sepasukannya yang lain yang lebih muda darinya.

“Saya rasa dia seorang pemain yang hebat. Saya suka dia.”

Jelas Saha kepada PA.

“Saya tak begitu faham mengapa ini berlaku, ya ia boleh berlaku tapi saya tak faham kenapa.”

“Kerana dia sememangnya memiliki segalanya, semua kualiti, kelajuan, dia ada keangkuhan ketika dia menggelecek dan dia juga boleh jaringkan gol.”

“Dia perlu kembali kepada asas dan yang agak aneh boleh saya katakan adalah mungkin dia perlu untuk tak tiru Cristiano Ronaldo tapi dia perlu ikut jejak rakan sepasukannya yang lebih muda dan dia perlu kembali menjadi Rashford yang masih muda.”

“Mempunyai kesederhanaan dalam permainan dia, berlari ke arah pemain dan itu sudah cukup.”

“Tidak berfikir tentang apa saja status yang dia ada atau abaikan apa saja yang dikatakan oleh semua sebelum ini. Ini adalah musim baru.”

“Dia sudah banyak menderita dari itu, saya pasti. Dia merupakan seorang pencabar dia memang penyokong Man Utd. Jadi saya yakin dia melihat ke depan dan mahu memperbetulkan segala-galanya kerana dia ada kemampuan di dunia ini untuk melakukan itu.”

“Dia akan dibantu oleh pengurus baru dan jelas sekali semua pemain akan bersama dia kerana dia pemain terbaik dan saya langsung tak ada keraguan tentang itu.”

Sejak berakhirnya musim ini, Marcus Rashford dilihat terus menerus berusaha mahu memperbaiki persembahan beliau dengan berlatih bersungguh-sungguh.

Beliau jelas sekali berharap agar pengurus baharu United, Erik Ten Hag akan membantunya untuk mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya selepas ini.

Manchester United pada ketika ini sedang dalam usaha mereka mahu memperbaiki skuad sedia ada dengan Ten Hag bakal melakukan rombakan besar-besaran pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pengurus dari Belanda itu telah menyenaraikan beberapa pemain untuk ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas ini dan Frenkie de Jong merupakan pemain sasaran utama.

Memandangkan posisi midfield merupakan bahagian terlemah United pada musim lalu, maka kerana itulah pihak kelab berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Skuad setan merah semakin hampir pasti akan mendapatkan khidmat pemain midfield Belanda itu dan kini mereka dikatakan sedang berada di fasa rundingan akhir bersama Barcelona.

Man Utd juga turut menyenaraikan beberapa pemain untuk ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas ini dalam usaha mereka mahu memantapkan skuad sedia ada.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ronaldo Menangis Selepas Portugal Kena Tendang Dengan Serbia Beraksi Di Pusingan Play-off