Marcus Rashford meneruskan rentak tajamnya selepas Piala Dunia apabila telah menghantar Manchester United ke top 4 melalui jaringan tunggalnya ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers.
Tiga mata berharga ini melonjakkan Manchester United ke tangga keempat dengan dua mata di depan Tottenham Hotspur dan empat mata mengatasi Liverpool dan hanya satu mata dibelakang Newcastle United.
Harry Maguire berada dalam senarai bangku simpanan lagi di mana Luke Shaw terus bergandingan dengn Raphael Varane sebagai pertahanan tengah.
Kecederaan Diogo Dalot telah memberi peluang kepada Aaron Wan Bissaka yang diramalkan akan pergi untuk bermula dari kesebelasan utama sekali lagi.
Erik ten Hag on Marcus Rashford's omission from Man Utd's starting XI to face Wolves ๐ฃ#WOLMUN pic.twitter.com/9OdXGaDILR
โ Premier League (@premierleague) December 31, 2022
Marcus Rashford telah digugurkan dalam senarai kesebelasan utama menentang Wolves kerana telah melanggar peraturan dalaman kelab namun masih berada dalam senarai pasukan.
Erik Ten Hag enggan mengulas lanjut dan hanya menyebut itulah peraturan kelab.
Awal babak kedua Marcus Rashford masuk menggantikan Alejandro Garnacho yang agak huru-hara permainannya dan Rashford nyata memberikan impak sebagaimana dimahukan Erik Ten Hag.
Pada minit ke-76, selepas menerima hantaran Bruno Fernandes, Marcus Rashford telah melakukan aksi solo menggelecek pemain Wolves sebelum menewaskan Jose Sa dari jarak dekat.
5 โ Marcus Rashford has scored five match winning goals as a substitute, the joint most in Premier League history. Impact. pic.twitter.com/jzdet7hci8
โ OptaJoe (@OptaJoe) December 31, 2022
Marcus Rashford kini telah menjaringkan lima gol kemenangan perlawanan apabila masuk sebagai pemain gantian, menyertai gol terbanyak dari bench dalam sejarah Liga Perdana.
Lapan minit berselang Marcus Rashford menggandakan kedudukan dan terus membunuh perlawanan dengan satu gol yang tertampan ke dalam gawang dari tepisan Jose Sa.
Video Assistant Referee (VAR) meniliti gol itu sebelum disahkan lalu mendapati bola terkena tangan Rashford dan masuk lalu gol itu segera dibatalkan.
Wolverhampton Wanderers tidak mahu mengalah dan berterusan mengasak sukurang-kurangnya dapat gol penyamaan bagi tidak menghampakan penyokong sendiri.
12 โ Marcus Rashford has scored 12 Premier League goals as a substitute with only Ole Gunnar Solskjaer (17) and Javier Hernandez (14) netting more from the bench for Manchester United in the competition. Super. pic.twitter.com/QfasY6QdlE
โ OptaJoe (@OptaJoe) December 31, 2022
David De Gea menafikan perkongsian mata dari Wolves apabila menafikan percubaan bahaya Raul Jimenez di minit akhir perlawanan dengan penyelamatan adiwira.
Kemenangan penting diraih Manchester United bagi mencari tempat ke Champions League musim hadapan.
Great save from De Gea ๐งค#WOLMUN
pic.twitter.com/3pV7sHPizSโ โโโโโ (@KR_808) December 31, 2022
Kesebelasan utama: Wolves (4-3-3) : Jose Sa; Semedo, Collins, Kilman, Bueno; Nunes, Neves, Moutinho; Hwang, Costa, Podence.
Pemain Simpanan: Sarkic, Ait-Nouri, Jonny, Toti, B Traore, Hodge, Jimenez, Guedes, A Traore.
Kesebelasan utama Man Utd (4-1-2-3) : de Gea; Wan-Bissaka, Varane, Shaw, Malacia; Casemiro; Fernandes, Eriksen; Antony, Martial, Garnacho.
Pemain Simpanan: Heaton, Lindelof, Maguire, Williams, Fred, Van de Beek, Mainoo, Rashford, Elanga.
Pengadil Perlawanan: Robert Jones.