Maresca Salahkan Pengadil Dan Penyokong Liverpool Buat Bising Dalam Stadium Punca Chelsea Kalah

Enzo Maresca menyalahkan dua perkara dalam kekalahan Chelsea di tangan Liverpool. Yang pasti dia tidak menyalahkan dirinya.

Pertamanya dia salahkan pengadil kerana memihak kepada tuan rumah dalam banyak insiden.

Dan kedua dia menyalahkan penyokong Liverpool yang berbuat bising dalam stadium sehingga mempengaruhi pengadil dalam pengadilannya.

Chelsea kalah kali kedua musim ini. Dengan 2 gol Liverpool hasil penalti Mo Salah dan satu lagi oleh Curtis Jones. Sementara Chelsea mendapat gol menerusi kaki layan hanya kipas Nicolas Jackson.

Chelsea lebih dominan secara keseluruhannya. Namun Liverpool lebih memilih untuk mendapatkan 3 mata daripada aksi sukar ini.

Penyerang sensasi Chelsea, Cole Palmer gagal mencetak gol dalam perlawanan ini.

Tetapi Enzo Maresca tidak mahu mengkritik ketumpulan serangannya. Terutama sekali Palmer dan juga Jadon Sancho. Kerana dia kecewa bunyi bising di dalam stadium mengganggu permainan terutama sekali keputusan pengadil.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan dia berkata: “Hanya satu benda saja saya nak cakap. Pengadil ditugaskan di situ untuk membuat keputusan.

“Kadangkala kerana bunyi bising daripada penyokong….[mempengaruhi keputusan pengadil] tetapi secara keseluruhannya, mereka [pengadil] ok je.”

Enzo Maresca mungkin merujuk kepada penalti yang diberikan pengadil. Di mana sebenarnya pengadil memberikan 2 penalti kepada Liverpool. Salah satu daripadanya ditarik balik.

Selain itu, Chelsea juga meminta 1 penalti ketika Jadon Sancho mendakwa dia dikasari rakan senegaranya, Trent Alexander Arnold.

Kejayaan menewaskan Chelsea membolehkan Liverpool berada di puncak liga sekurang kurangnya untuk seminggu lagi. Sementara Chelsea kini semakin dihimpit oleh Manchester United dalam kedudukan semasa liga.

Chelsea yang sudah berbelanja besar dalam beberapa jendela perpindahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini berharap mereka dapat menamatkan kemarau kejuaraan liga kelab itu.

Beberapa tahun lalu mereka berjaya menjuarai UCL kedua mereka. Yang diarak di sekitar bandar London. Menjadikan mereka kelab paling berjaya  di London ketika ini.

Enzo Maresca melalui musim pertamanya di Chelsea dan dia sudah menunjukkan kualitinya. Sementara Arne Slot memilki jadual sukar ketika ini. Selepas ini akan bertemu Leipzig di UCL dan aksi menentang Arsenal pula.

BACA:  Didier Drogba Umum Persaraan Dari Bola Sepak Pada Usia 40 Tahun